April 20, 2024

Orchard Hotel Singapore

Assalamualaikum wbt dan Hai… :-p

Rasa macam dah lama sangat blog ni tak berupdate. Sibuk dengan urusan duniawi sangatkah?

Mungkin ya mungkin tidak..hehe..tapi bulan Ogos lepas, bulan yang agak sibuk bagi aku dengan urusan pejabat dan luar pejabar. Selain beberapa projek nak kena handle, aku juga mengikuti ‘training’ untuk teknologi dan sistem terbaru kompeni aku yang diadakan di Singapura.

Peserta-peserta adalah dari negara Asia Pasifik lain, ‘kepala’ lebih kurang sama. Masing-masing mempunyai pengalaman tersendiri dalam bidang ‘fire&gas’ dalam industri minyak dan gas serantau.

Penginapan kami semasa training ini adalah di Orchard Hotel Singapore, terletak di Orchard Road. Pertama kali stay di sini. Senang untuk kami ke pejabat Principal yang terletak di Changi Business Central Park 1 menggunakan shuttle hotel yang disewa khas oleh kompeni. Shuttle hotel ke destinasi tujuan juga disediakan dengan bayaran tertentu.

Orchard Hotel Singapore.

Dengan rate SGD 235 sehari, bilik untuk 2 orang termasuk sarapan dan WIFi, dah cukup selesa bagi lelaki ‘bujang’ macam kitorang. hehe..tapi still, aku rasa lagi best dengan penginapan sebelum ini di Mandarin Orchard Hotel. Terutama jika dibandingkan menu buffet sarapan pagi dan tengah hari..hahaha..itu nanti aku cerita.

Nasib baik ada ‘cover’ daripada boleh ‘see thru’ roommate yang ngan ‘membuang’.

Macam biasa, kalau menginap di hotel luar daripada Malaysia, kena prepare mental awal-awal, tiada hos paip untuk proses pembersihan bahan buangan. Pandai pandai la nak bersih macam mana. Contohnya, nampak gelas kaca tu??:-p

Stay kat Orchard Hotel ni ibarat ko stay di area Bukit Bintang KL. Malam malam, Orchard Road memang meriah. Perempuan kaki shopping mesti teruja dari pagi membawak ke petang. Macam-macam butik ada kat sini. Sediakan duit je, terutama bila mengenangkan Ringgit yang makin menjunam 3 kali ganda beza dengan Singapore Dollar..hmm..

Alamat Orchard Hotel Singapore;

442, Orchard Road, Singapore 238879.

T. +65 6734 7766 F. +65 6733 5482

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

5 thoughts on “Orchard Hotel Singapore

  1. Pingback: Manhattan Flaming Seafood Platter @ The Manhattan FISH MARKET Sunway Pyramid |

Leave a Reply to JMR Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *