May 25, 2020

Manhattan Flaming Seafood Platter @ The Manhattan FISH MARKET Sunway Pyramid

Elok sahaja aku pulang ke Malaysia selepas menjalani sesi ‘training’ di Singapore, tempoh berpantang 44 hari wifey selepas bersalin dah tamat. Memandangkan dia dah boleh kembali keluar, dan kebetulan umi aku pun ada bersama, aku raikan dengan sesi makan malam di The Manhattan FISH MARKET Sunway Pyramid, bersebelahan dengan ofis aku..hehe

 

Kami berlima termasuk Abang Long Dayyan. Better pilih set yang disediakan, lebih senang dengan menu yang pelbagai. Sedia maklum, menu The Manhattan FISH MARKET ada yang didatangkan dalam set dan juga ala-carte. Kat sini juga sentiasa ada pelbagai promo yang menarik, jadi nak lebih berbaloi, kena tengok gak apa menu promo yang diorang tawarkan.

 

Sambil menunggu, nak kena menguyah gak kan sambil berborak. Fried Country Mushroom (RM10.49 inc GST) dah cukup untuk dijadikan alas perut sebelum sampai menu utama.

 

Dari bulan pertama hingga habis pantang, baby Danish dijaga oleh NekMi bersama Mama Wan+Tok Papa. Cucu bongsu kan, ditatang bagai minyak yang penuh le.

Menu untuk Abang Long Dayyan- Manhattan Fish N Chip (RM20.03 inc GST). Isi ikan Dory yang lembut. Portion set ni memang Dayyan takkan habis makan punya la kan.

 

The Manhattan FISH MARKET Sunway Pyramid ni sentiasa ramai customer. Tapi servis tidak mengecewakan so far. Tak perlu menunggu lama. Aku order set Manhattan Flaming Seafood Platter (RM61.37 inc GST) untuk aku, wifey & Umi.

 

Untuk platter ni, ada isi ikan Dory dan boleh diupgrade ke jenis ikan premium lain seperti Salmon, Cod etc. Aku pilih ikan Dory. Selain itu, dalam set ni, ada gak sotong, oyster, udang, mix veggier, fries dan juga nasi. *lapairliur . 3 orang makan set platter ni, series kenyang sangat! Dah tu, ice lemon tea adalah refillable dan dapat FOC dessert untuk set platter ini.

 

Burpp.alhamdulillah..seronok bila tengok anak, isteri & umi makan dengan penuh selera. Salah satu kepuasan bagi seorang anak, ayah & juga suami!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

18 thoughts on “Manhattan Flaming Seafood Platter @ The Manhattan FISH MARKET Sunway Pyramid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *