March 29, 2024

Newborn Photoshoot

Newborn Photoshoot – antara sesi yang digemari oleh ibu bapa yang baru menerima cahaya mata. Aku rasa, ni trend yang semakin ‘in’ dan menjadi pilihan ibu bapa untuk merakam potret kiut si kecil untuk tatapan sekeluarga. Mungkin ramai yang tak perasan, wajah dan raut si kecil yang comel, cepat berubah dan membesar sewaktu awal usia.

Bermula tahun 2014, aku mula ‘keluar dari kotak’ dalam skop kerja part-time aku sebagai fotografer. Mula menceburi bidang fotografi kahwin sejak 2007, aku beranikan diri untuk mencuba nasib dalam ‘Maternity Photography‘ dan tahun ni, rezeki makin murah dengan projek-projek ‘Newborn Photography‘.

Rezeki dalam dua skop ni semakin murah pada tahun 2015. Setiap bulan ada jer ‘enquiry’ untuk book sesi fotografi Maternity & Newborn. Since aku mempunyai kerjaya tetap lain, slot untuk Maternity&Newborn Photoshoot yang aku sanggup amik, hanyalah 1 slot setiap bulan. Bukan tak nak, tapi takut tak dapat bagi komitmen sepenuhnya, mana nak edit gambar, mana nak proses album lagi kan. Lagi pun, sebulan 1 slot, lebih ekslusif bunyinya..hehehe..

Jadi, untuk bulan Ogos 2015, alhamdulillah, diberi kelapangan dan kelancaran oleh-Nya untuk merakam potret baby Aishah yang berusia 23 hari di Rantau Panjang, Klang.

 

Bagi sesi ‘Newborn Photography‘ aku lebih suka ‘beraksi’ di sebelah pagi. Pagi lebih nyaman dan baby tidak rimas atau lemas untuk beraksi di depan lensa.

 

Mungkin pengalaman aku sebagai ayah, membantu aku untuk handle si kecil. Tak semua jurugambar lelaki berani pegang, baringkan atau tiarapkan bayi kecil ye..bukan nak riak, tapi menjawab soalan nenek si Aishah ni yang kagum tengok aku handle bayi seawal usia 23 hari. Ala apa nak pelik, lagi pun, anak kedua aku lahir 2 hari selepas baby Aishah ni jer..hehehe

Walaupun ‘Newborn Photography’ ni tak seglamer ‘Wedding Photography’ tapi aku suka. Dalam sesi inilah, aku dapat menghayati dan menghargai indahnya ciptaan Ilahi. Setiap bayi mempunyai sifat tersendiri dan paling penting, semua baby adalah SANGAT COMEL tak kira apa bangsa & latar belakang sekali pun…

Hari ini, aku nak buka slot istimewa untuk bulan November dan Disember untuk tahun ini, khas untuk pembaca blog ini sahaja. Boleh Whatsapp: +6016-233 1341 untuk sebarang pertanyaan dan persoalan..

LIKE FB : SUARA MATA PHOTOGRAPHY

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

13 thoughts on “Newborn Photoshoot

Leave a Reply to Uncle Zuan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *