March 29, 2024

Resepi Kuih Raya

Puasa dah setengah bulan. Maknanya Raya dah dekat.

Separuh bulan kedua ni, aku pasti, setiap keluarga makin rancak membuat persiapan raya kan. Yang nak tukar langsir, dah siap tempah awal-awal. Tunggu nk pasang je.

Yang nak cat rumah, dah start beli cat. Yang nak tukar perabot, dah start survey perabot dari awal bulan lagi kan.

Yang nak beli kuih raya, dah start order dari awal kan. Masuk separuh bulan kedua ni, rasanya banyak tempahan dah ditutup.

Nak beli kat kedai biasa, tak yakin, sebab tahun lepas beli, kaler lain, bentuk lain, tapi semua rasanya sama. Kalau sedap ok, kalau tak sedap??

[101 Resipi Kuih Raya – Sedap Lagi menyelerakan]

Chocolate chip, Semperit, tart nenas, makmor, nestum badam, cornflake, gajus segala bagai, bukan senang nak dapat yang betul-betul berbaloi dan memuaskan hati.

Tiap-tiap tahun beli, bosan gak kan. Apa kata tahun ni, lepas berbuka, lepas berterawikh, masing-masing ke dapur, kita ‘bake’!

Kenapa kena buat sendiri kuih raya?

  • menyambung dan mengekalkan tradisi dan legasi nenek moyang menghasilkan kuih raya sendiri bila tibanya musim raya
  • mewarisi dan mengimarahkan lagi resepi kuih raya tradisional yang semakin dilupakan
  • mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan memasak dan membakar kuih bersama emak, ayah, adik, abang dan kakak
  • menjimatkan banyak wang dari berbelanja kuih di pasaran yang belum tentu sedap
  • menghasilkan pendapatan tambahan di musim raya sekiranya anda menghasilkan sendiri kuih raya dan menjualnya di pasaran
  • mendapat kepuasan dengan menjamu kuih raya hasil air tangan anda sendiri kepada yang tersayang di hari raya nanti
  • dan banyak lagi…

Ada yang cakap tak reti, ada yang cakap tak tahu resipi buat kuih raya. Ada yang cakap takut tak jadi. Argh itu semua alasan.

..aku pun cakap gitu gak sebelum ni.

Tapi tahun ni aku taknak cakap gitu dah.

Bukan sebab aku dah terer & power buat kuih raya, tapi sebab aku dah tahu teknik & resipi buat kuih raya terbaik!

 

Raya ni lagi puas la aku makan kuih raya.

Kalau raya kedua, dah tinggal serbuk, takde hal la nak bake lagi di hari raya ke-3..hahaha

Nak tahu 101 Resepi Kuih Raya ni, cepat gi tempah sekarang DI SINI. Masih ada masa!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

8 thoughts on “Resepi Kuih Raya

Leave a Reply to JMR Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *