September 24, 2020

Pengalaman kali kedua di bilik bersalin

12 Julai 2015 || Hospital Pakar Pantai Klang.

Hujung minggu di minggu terakhir bulan Ramadhan, memang sangat mencabar. Pagi Ahad, 12 Julai 2015, lepas subuh, sambil golek-golek atas tilam, aku menyambung bacaan terkini aku, Diagnosis 2.

Tengah syok membaca, Puan Nunu masuk bilik, then minta aku bersiap ke hospital. Katanya, dah ‘turun darah’, tandanya masa untuk bersalin dah ‘time’. Aku pandang dia pelik, patutnya dia yang kena bersiap..hehehe..nasib baik beg untuk dia dan baby dah lama siap, cuma tak letak dalam bonet kereta je.

Tenang. Itulah aku walau apa jua keadaan, patutnya dah cemas, sebab masa ni, sesi ‘contraction’ Puan Nunu dah bermula. Ye la, lagi pun, bukan aku yang rasa sakit tu kan. Dalam jam 12 tengah hari, dah gerak ke Hospital Pantai Klang. Nasib baik dekat je dari rumah MIL. Lagi pun, my wife dah request nak bersalin kat sini, sebab dia gerun dengan cerita-cerita ‘seram’ di hospital-hospital lain. Sebelum keluar dari rumah, sebagai suami, make sure, dokumen-dokumen (buku check up), kad pengenalan wife, air selusuh jika ada, beg ibu & baby dan since payment segala bagai under aku, make sure cash/kad kredit semua dibawa bersama. Aku nasib rumah dekat, kalau jauh dan terlupa bawa, jenuh gak nak ulang-alik.

15 minit dah sampai Hospital Pakar Pantai Klang. Terus ke tingkat 1, masuk ke area bersalin. Since hari ni hari Ahad, sepi je hospital. Register sekejap je sebab segala details wife dah ada dalam sistem dan pregancy check up memang buat kat sini sejak awal mengandung, Then, terus ke bilik khas untuk ECG Test. Ala, mesin yang ada kabel, lekat kat perut, then boleh dengar kadar denyutan jantung bayi.

My wife suka bilik ni sebab serba-serbi kaler pink. Aku lak, bengkak gak mata tengok semua pink..haha..dalam 20 minit gak nak menunggu sesi ni. Jam 12.40 pm, baru selesai. Alhamdulillah, so far, result bagus. Tak seperti abang Dayyan dulu, ‘sleepy patient’ yang mencemaskan semua orang. Then, ada nurse masuk, katanya, nak check bukaan jalan. Masa ni aku kena ‘halau’ dok luar..dia ingat aku tak reti check kot. haha..sampai sekarang, aku tak tahu lagi macam mana diorang leh justify bukaan berapa cm berapa cm..ukur pakai pembaris atau kaliper?

Dalam 10 minit check, baru setel. Pastu, inform aku, ‘jalan’ dah buka 4 cm. Aku senyum, “Jalan highway ke jalan persekutuan??”..nurse tu bengang je, aku just cuba hiburkan diorang, sebab pasni diorang sure akan bertungkus-lumus untuk keluarkan zuriat aku dari alam rahim. Then nurse tu suruh aku ke kaunter untuk uruskan deposit dan register masuk wad bersalin. Sementara tu, Dr.Tricia akan sampai dalam masa 10 minit.

Elok je urusan aku selesai, Dr.Tricia dah selesai check bukaan jalan. Inform kat aku yang bukaan dah terbuka sebanyak 7 cm. Doktor minta permisi untuk teruskan prosedur bersalin. Aku angguk je ala-ala dalam drama Melayu.

Pengalaman kali kedua di bilik bersalin .

Sementara bersiap, aku kemas-kemaskan apa yang patut untuk dibawa ke tempat bersalin. Kain batik dan baju selepas bersalin pun penting. Masa ni, air/minyak selusuh aku minta isteri telan semua. Masa ni gak, seeloknya, telan sebiji dua kurma, untuk bagi tenaga segera. Banyakkan selawat dan pesan kat isteri untuk baca doa-doa yang dihafal.

Trust me, saat-saat sakit contraction, segala bagai doa yang isteri hafal, mungkin dia terlupa. Masa ni lah perlunya peranan suami untuk support sama. Paling penting, sentiasa bertenang.

Dalam hati aku doakan yang terbaik untuk proses bersalin isteri aku kali ni.

Pengalaman kali kedua di bilik bersalin

Puan Nunu dibawa ke Delivery Suite 2(labour room). Semua persiapan untuk proses bersalin dah pun tersiap rapi. Ada 3 orang nurse tengah bizi dengan tugas masing-masing. Masa ni, contraction Puan Nunu makin aktif. Dia dibaring atas katil dengan palang-palang di sekeliling. Fasa contraction makin kerap masa ni. Aku tahu, suami takkan pernah rasa sakitnya ‘contraction’. Digenggamnya tangan aku kuat-kuat, satu kuasa yang luar biasa. Aku diberikan kerusi di sebelah kepala kiri isteri.

Masa inilah, Puan Nunu dah start menitis air mata. Mungkin teramat sakit, atau mungkin fikir bukan-bukan. Saat ni, hati aku tersentuh gak. Aku berbisik kat wife, ” Jangan nangis mmy, kang ddy nangis gak, malulah kat nurse cun tu..” dia jeling aku je, then minta maaf bagai drama melayu lagi. Aku belai kepala, sambung berbisik,

” Mana mungkin seorang suami tak pernah memaafi kesalahan seorang isterinya yang sah, lebih-lebih lagi bila si isteri sedang berjihad untuk melahirkan zuriatnya sendiri…”

Aku cuba kontrol suasana sebenarnya. Aku taknak my wife menangis di saat ni. Sebab menangis akan buatkan dia lagi penat. Risiko makin bertambah kalau isteri tak bertenaga semasa proses bersalin secara normal. ‘Push time’ belum tiba.

Dr.Tricia lengkap berpakaian dengan kasut boot untuk proses bersalin. Sekali lagi check bukaan, dan aku dengar arahannya untuk nurse-nurse lain, “Complete..proceed with thg fdsgt sgfg……..” aku dah tak faham dah apa yang dia cakap pastu..

Setenang-tenang aku, rasa cuak gak.

“Pushhh..” kali pertama. Belum berjaya tapi she did a good job..doktor check, then minta push kali kedua sedaya mungkin sebab kepala baby dah keluar.

Aku geram je nak gi tengok gak. Tapi seat aku kat area sebelah kepala Puan Nunu..

Kali kedua, “Pushh..” masa ni, kaw-kaw isteri aku genggam jari aku. pergh dah tak romantik hoi!

Saat ni gak, sekujur tubuh berjaya dikeluarkan dengan selamat. Penuh cairan dan darah. “Allahuakbar…” Dr.Tricia angkat dan letakkannya atas dada Puan Nunu. Then, cium bayi tersebut sebelum dibersihkan, ditimbang, dan disiapkan hensem-hensem…

“Good job mmy..”

Alhamdulillah, proses bersalin anak kedua kami, dipermudahkan oleh Allah s.w.t .. sedari awali, segalanya dipermudahkan olehNya. Walaupun pada minggu-minggu terawal, result scan menunjukkan tanda-tanda kewujudan ‘cyst‘ di luar rahim tapi berkat doa dan usaha oleh Puan Nunu ( ddy nampak your effort), cyst tersebut kecut dan clear.

Danish Hayyan dilahirkan pada jam 2.45 petang. 12 Julai 2015. Semoga Danish sihat membesar dan menjadi seorang anak soleh dan bergabung dengan abang long Dayyan untuk menjadi seorang pemimpin yang diredhaiNYa.

Setinggi mana pun berada, sentiasa ingat dari mana kita bermula..

Precious moment. Saat pertama abang Long Dayyan melihat adiknya. Jelas kelihatan dia sangat teruja. Semoga menjadi ‘team mate’ yang terbaik, setidaknya untuk keluarga kita. InsyaAllah…

Ya allah, terima kasih, terima kasih, terima kasih. Atas nikmat dan Pengalaman Kedua aku di bilik bersalin selepas Pengalaman Pertama aku dua tahun dua bulan yang lepas.

Aku doakan juga untuk kawan-kawan aku di luar sana, yang masih menunggu dan menanti saat seperti ini. Kesabaran kalian aku kagumi dan insyaAllah masa kalian akan tiba nanti.

Amin…

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

26 thoughts on “Pengalaman kali kedua di bilik bersalin

  1. Pingback: Selamat Tinggal Julai 2016. | |
  2. Pingback: Danish Hayyan dah 3 bulan. |
  3. Pingback: Danish Hayyan dah 2 bulan. |
  4. Alhamdulillah..mudah proses bersalin puan nunu..teringat pengalaman sy bersalin bln mac lepas..tahniah JMR & puan nunu

    1. dah dapat feel ek..hehe..terima kasih Shiqin..semua suami mmg kalau boleh nak ada kt tepi isteri dalam labor room, cuma berpeluang ke idak je.

  5. Teringat pengalaman bersalin anak-anak dulu..bila suami ada bersama di dalam labor roomm ni baru mereka dapat merasai betapa besanya pengorbanan isteri nak melahirkan zuriat kan?Tahniah JMR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *