June 9, 2023

Baby Raya

Minggu ni minggu terakhir umat Islam berpuasa. InsyaAllah, Jumaat ni dah menjelang 1 Syawal kan. Hari Raya!

Kalau tengokkan update terkini rakan-rakan di media sosial, dah jarang jumpa status berbunyi, “Alhamdulillah, done terawih“, “Good morning, dah sahur ke belum tu?” atau “Jom ke bazar Ramadhan..

Di minggu terakhir ni, lebih banyak status berbunyi, “Alhamdulillah, done bayar zakat fitrah“, “InsyaAllah sama-sama kita mencari LailatulQadar“, “Alamak, baju raya tak cukup beli lagi” dan sebagainya..

Yang uniknya, minggu terakhir Ramadhan kali ini, ada dua isu yang menarik perhatian aku dan berlegar di ‘newsfeed’ aku. Satu, “Kekecewaan kaki shopping ke KL Raya Fest anjuran Mood Republik” dan kedua, “Peristiwa berdarah di Low Yatt KL“..dua-dua aku tak nak masuk campur, sebab dua-dua tu aku tak terlibat secara langsung, atau tidak langsung. Tu belum masuk isu 1MDB kan. #eh

Bukan sebab aku tak menyokong usaha usahawan-usahawan muslim Bumitera mahupun tiada semangat juang mempertahankan maruah bangsa sendiri (katanya), tapi tanggungjawab aku untuk berada di samping keluarga pada saat kelahiran seorang lagi khalifah di bumi Allah lebih BESAR.

Alhamdulillah, tepat jam 2.45 pm, 12 Julai 2015, tepat setahun pemergian ayahanda tercinta (12 Julai 2014), lahirnya pengganti cintamu, adik lelaki kepada abang long Dayyan Harith. Nanti aku coretkan pengalaman kedua selepas Pengalaman Pertama di bilik bersalin. Kali ni lebih cepat, dipermudahkan olehNya bersalin secara normal dengan berat 3.55 kg. Paling penting, ibu dan anak berada dalam keadaan sihat walafiat. Syukur ya Allah. Terima kasih atas semua doa dan ucapan tahniah.

 

Orang lain dok sibuk update status tentang raya, aku lak dok teruja bercerita tentang Baby Raya. Nak tidurlah!

-♠♥JMR ; 12.54am♥♠

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

10 thoughts on “Baby Raya

  1. Tahniah Bro di atas kelahiran anak kedua.. Semoga menjadi anak yang soleh… Baby dah tak sabar nak join sekali Zakat Fitrah untuk tahun ni… Nampaknya kena bayar Zakat Fitrah untuk 4 orang lah yer…

    Semoga menjadi bapa Mithali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *