May 27, 2020

Coconut Shake Klebang

Dalam perjalanan ke Bandar Hilir, Melaka tempoh hari, sempat singgah ‘tapow’ Coconut Shake sedap di gerai Klebang Original Coconut Shake.

Jalan ke gerai ni agak sesak disebabkan banyak kereta berhenti di bahu jalan. Bukan saja jalan sesak, tapi barisan nak membeli Coconut Shake ni pun sesak gak. Nasib baik ini permintaan isteri mengandung. Dan nasib baik gak servis kat sini pantas, dalam masa 10 minit dah dapat buat pesanan walaupun barisan agak panjang.

 

Kat sini hanya pesanan untuk ‘take away’. Nak minum di sini sambil lepak-lepak, kena masuk gerai yang ke dalam. Order dan bayar. Suka lak aku tengok blender kat sini, kalah Starbucks. Pantas je diorang buat kerja.

Harga Coconut Shake Klebang;

1- Coconut Shake Biasa – RM2.20

2- Coconut Shake Special – RM2.70

3- Air Kelapa Muda Cup – RM1.70

4- Air Kelapa Muda sebiji 0 RM3.50

 

Aku bungkuskan 3 cup Coconut Shake Special untuk aku, Puan Nunu dan Ayyan. Special ni sebab dia tambah 1 scoop aiskrim vanilla Walls. Sedap. Tak terlampau manis. Dayyan memang pantang dapat air sejuk-sejuk ni..

 

Alhamdulillah, tertunai hasrat si isteri yang dok ngidam Coconut Shake ni. Ramai yang cakap, Coconut Shake kat Batu Berendam lebih sedap daripada sini. Tang mana aku tak pasti sebab tak sempat sampai hari tu. Nak kena try dulu, baru boleh komen. So far, Coconut Shake Klebang ni pun dah memuaskan hati aku. Burppp….

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

25 thoughts on “Coconut Shake Klebang

  1. Memang sedap Klebang punya coconut shake..tapi tak pernah test lagilah..dengar cerita dari Akubiomed dan JMR la… Yang aiskrim tu memang dia kena pakai ais cream Walls ka..yang lain tak sedap ka?

  2. masa mula2 jumpa lokasi coconut shake klebang ni ingatkan ada kenduri kawin sebab siap ada RELA jaga jalan.sebab jalan sesak rupanya semua dok singgah minum coconut shake.Suasana sama mcam ni.

    terbaiklah coconut shake klebang..aura dia mmg power.

      1. Itu lah… Malas nak menunggu tu, kalau cepat servis macam bro bagitau Insya-Allah akan sampai nanti. 🙂

  3. Memang marvelos…julia sekeluarga baru pi bulan 3 ritu sambut besday julia kt sana…syiokkk tau, oh JMR sekeluarga tak makan dalam kedai tu eh…julia pekena nasi lemak dia perghhhhhhh terangkat…heheh kuih2 pun byk ada…senang kata semua sedap la kt situ.

  4. tmpt fav kalo ke melaka…tk pernh pegi time org Q pjg sbb time pegi mayb bkn peak hour…selain coconut shake ..sy suka nasi lemaknye…ada juga kwn ckp yg kt batu berendam tu tp tk smp gk lg..tp adik aritu pegi dh yg batu berendam tu..die ckp sedap lg yg klebang ni..ye la tekak masing2 kn..nanti nk try gk la yg batu berendam tu tp tktau la bila hehe

Leave a Reply to JMR Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *