March 29, 2024

Chicken Rice Ball sedap di Restoran Ee Ji Ban, Melaka

Selepas check out dari hotel, terus mencari tempat makan best di Melaka yang  seterusnya untuk lunch. Kali ni, terasa nak makan nasi ayam bebola a.k.a Chicken Rice Ball yang terkenal kat sini. Kebanyakan kedai adalah non-halal kecuali satu kedai nasi ayam HALAL ni, Restoran Ee Ji Ban Chicken Rice Ball yang terletak di Taman Melaka Raya. Pernah direview oleh JJCM dan Mad Market oleh Hanis Zalikha.

 

Restoran Ee Ji Ban ni terletak tak jauh dari Bandar Hilir. Senang nak cari dan cam, kat depan restoran ni terpampang poster ada muka Hanis Zalikah, Iqram Dinzly, rasanya ini strategi marketing diorang selain nak cover customer dari terkena cahaya matahari kan. hehe

 

Kami sampai lebih kurang jam 3 petang, agak lewat, jadi tak terlalu padat. Pilih seat kat bahagian dalam. Susun atur dan hiasan memang best, chinese restaurant kan. Sebenarnya bukan sahaja nasi ayam di sini, ada pelbagai variasi menu lagi. Tepuk dada, tanya selera.

 

Masuk kedai Jepun, pilih ‘green tea’, masuk kedai Cina, mestilah pilih ‘chinese tea’ kan. Boleh buang terus lemak-lemak berlebihan yang diambil nanti.

 

Di satu sudut, dipamirkan keratan akhbar yang pernah review makanan di sini. Ramai gak artis popular Malaysia yang pernah menjamu selera di sini.

 

Untuk menu nasi ayam, boleh pilih sama ada nak nasi ayam biasa seperti di kedai lain atau nak pilih menu istimewa di sini- Rice Ball. Aku pilih Rice Ball. Tekstur seperti nasi himpit yang dibentuk bulat seperti bola. Mula-mula amik 15 biji, sekali tak cukup since Ayyan pun suka bebenor ngan rica ball ni. So tambah lagi 5 biji baru cukup. Dak kecik tu saja dah 5 bijik makan ok.

Teringin nak mencuba ‘sotong goreng berlada’ ni. Walaupun sedikit pelik, makan nasi ayam dengan sotong goreng berlada ni, apa salahya kan. Not bad. Agak pedas tapi ada rasa. Tak sia-sia aku order..hehehe

roasted chicken sedap

Kami pilih ‘roasted chicken’. Boleh pilih nak ‘quarter’ atau ‘half’. Memandangkan Ayyan dah sihat dan ada selera makan balik, lebih baik amik satu set ‘half chicken’. Nampak banyak tapi boleh habis licin.

Order gak semangkuk sup ‘seaweed’. Nampak dalam buku menu, macam kecil je mangkuk tu Sekali sampai, nah amik, mangkuk besarr ok. RM8 je semangkuk besar tu, sedap lak tu.

Agak-agak macam mana cara makan Chicken Rice Ball ni sebetulnya?

Belasah je, janji masuk mulut, kunyah dah boleh telan. Tapi unik gak rasa dia. Mungkin sebab kita dah biasa dengan nasi ayam biasa tu. Sesekali try nasi ayam sebegini, pun layan gak. Sedap. Tak jumpa kat tempat lain kan.

Kalau korang ke Melaka ni, boleh la cuba Chicken Rice Ball ni di Restoran Ee Ji Ban Melaka Raya ni:

Alamat Ee Ji Ban Chicken Rice Ball:

275, Jalan Melaka Raya 3, 
Taman Melaka Raya.
Selamat menjamu selera. Burpp…alhamdulillah.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

15 thoughts on “Chicken Rice Ball sedap di Restoran Ee Ji Ban, Melaka

Leave a Reply to Menu Sedap dan Tempat Makan Wajib Singgah di Melaka.. Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *