March 29, 2024

Baju spare.

Pengalaman mematangkan, kan?

Selepas pengalaman gelabah akibat Ayyan tumpahkan Ice Chocolate Blended tempoh hari, sekarang ni, sebelum keluar outing bersama, aku akan pastikan ‘bawa baju&seluar spare!’ Kalau boleh, dalam kereta aku nak ada wardrobe untuk baju abang long ni..hahaha..

Ternyata tindakan aku bijak, hari ni, semasa outing di Paradigm Mall, Ayyan buat hal lagi.

Berlaku ketika lepak ‘coffee time’ jap di San Francisco Paradigm Mall. Oh ya, kali ni aku tak belikan dia any ice blended. Tapi aku belikan Lycee Cooler dari Juice Work. Nice rasanya Tembikai campur laici, dikisar bersama. Sedutan pertama, senyum je dia. Muka pun excited sebab ‘cup’ Juice work ni kaler oren striking kan.

Masuk je second sedutan, elok je dia penuh satu mulut, diluahkan balik. Cantik je mengalir air suci tembikai+laici di baju putih Ayyan. Aku tengok dak kecik ni, besar kecik besar kecik je..Aku jeling tajam dia, tinggikan suara sikit, “Apasal keluarkan balik???” tanya aku tegas..

Ayyan pandang aku balik. Tiba-tiba senyum, seraya berkata “Mamm mamm mamm” dalam bahasa babynya…sambil angguk angguk seolah-olah memujuk…then sedut balik seakan-akan kehausan..mata tetap pandang aku.

Ko ingat aku boleh nak terus marah. Tergelak ok ngan gaya memujuk tu!

…taktik Ayyan nak paw daddy kali ni tak berjaya, dalam kereta ada baju spare!

 

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

6 thoughts on “Baju spare.

  1. aku sendiri sentiasa ada 2 pasang baju dan seluar dalam kereta just in case terdesak nak pakai.

  2. dari baby sampai sekarang saya sentiasa bawak baju spare bila keluar. Untuk kecemasan. Almaklum budak2.. kita tak jangka apa yang boleh berlaku.

Leave a Reply to huda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *