April 18, 2024

Asam pedas Kelantan, Kedai Makan Ali Osman, Sg.Udang

Minggu pertama di bulan Mei 2015, minggu yang agak sibuk.

Hari pertama selepas cuti hujung minggu (Hari Pekerja + Wesak Day) yang panjang, seharian aku sibuk di ofis dengan Factory Acceptance Test(FAT) untuk satu projek yang sedang berjalan. Hari seterusnya (Selasa, 6/5/2015), ke Petronas Penapisan Melaka untuk satu ‘Site Visit’ sebelum proposal&budgetary dibuat untuk projek tahun depan.

Antara kedai makan wajib singgah aku apabila ‘outstation’ ke Melaka, terutamanya ke Sungai Udang, adalah Kedai Makan Ali Osman yang terletak di alamat Jalan PSU 5, 75400 Sungai Udang, Melaka.

Masa rehat tengah hari, aku perhatikan kedai ni sentiasa penuh. Kedai Makan Ali Osman ni nmenyediakan masakan kampung Kelantan seperti ikan percik, asam pedas kuning Kelantan, ikan bakar, ulam-ulaman, aneka sup dan banyak lagi.

Menu sedap dan wajib untuk makan tengah hari aku- asam pedas kuning Kelantan ikan patin. Memang wajib order ni. Kalau menu ni dah habis, gantinya adalah sup daging, pergh!

 

Asam pedas kuning Kelantan ni agak berbeza dengan asam pedas dari negeri lain. Sekali tengok seakan-akan ikan patin masak tempoyak, salah satu menu popular di Ana Patin House. Yang pasti, asam pedas kuning Kelantan ni tak sepedas asam pedas Melaka. Sesuai untuk korang yang kurang gemar masakan pedas.

 

Semangkuk asam pedas kuning Kelantan bahagian kepala ikan patin bersama ulam kacang botol dan sambal belacan dah cukup menyelerakan aku untuk kali ni selepas 2 jam di ‘site’.

Alhamdulillah..RM5 untuk semangkuk asam pedas kuning Kelantan ni, berbaloi kan harga dia? Takde GST.

Bolehlah korang singgah ke Kedai Makan Ali Osman ni kalau datang di bandar Sungai Udang, Melaka.

Burpppp….

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

5 thoughts on “Asam pedas Kelantan, Kedai Makan Ali Osman, Sg.Udang

  1. Sekali tengok asam pedas kuning Kelantan ikan patin ni dah macam Ikan Patin masak tempoyak… Makanan feveret saya tu…

Leave a Reply to hazman aka species1980 Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *