July 15, 2020

Storyalbum – Watikah Cinta tanda kenangan.

Kahwin sekali seumur hidup. Itu memang cita-cita awal setiap pasangan kan?

Yang bernasib baik, akan merasai pengalaman kahwin kali kedua, ketiga, keempat atau mungkin lebih. Itu rezeki dan jodoh masing-masing. hehehe..itu lain cerita.

Kenangan manis sekali seumur hidup ni, rugi kalau tidak diterjemahkan ke dalam bentuk album, yang boleh ditatap secara berjemaah nanti- mak, bapak, anak, mungkin juga cucu-cucu akan sama-sama membelek album kahwin ni sambil hirup teh di beranda rumah korang satu hari nanti. Bayangkan…..

 

Bulan lepas, aku dihubungi oleh seorang junior sekolah aku, request untuk buatkan album ‘fizikal’. Mungkin dia perasan aku ada buat servis buat album perkahwinan seperti mana aku promot di media sosial. Tak jadi masalah, asalkan salinan digital ada. Tak sampai sebulan, aku berjaya siapakan ‘design’ dan proses menjilid album. Semalam, aku hantar gambar album kepada ‘pengantin baru’ yang selamat diijabkabul pada tahun 2011. Alhamdulillah, diorang berpuas-hati untuk servis kali ni.

Katanya,” Akhirnya ada jugak album kahwin…” ..senyum aku mendengarnya..

Selepas 4 tahun baru ada album. Bukan sebab ditipu jurugambar, tapi perancangan awal mereka, suaminya ingin buatkan album mereka sendiri, tapi sebabkan kekangan masa, tak berkesempatan.

Tapi ada banyaaakkk kes ditipu ‘wedding photographer’, duit gambar dah bayar, tapi hanya dapat salinan digital gambar kahwin tanpa album seperti yang dijanjikan. Ada salinan kira bernasib baiklah, sebab aku boleh tolong buatkan storyalbum mengikut saiz yang dihajati dengan bayaran berpatutan. Tapi kalau takde apa-apa salinan, memang aku takleh nak tolong, kecuali kahwin lagi..hahahah..

InsyaAllah esok aku akan courier storyalbum ni ke Perlis. Berjaya gak aku siapkan dalam tempoh seperti yang dijanjikan, 4-6 minggu dari tarikh bayaran, produk storyalbum ni akan siap……

Berminat nak buat storyalbum perkahwinan korang, boleh direct kontek aku di Whatsapp +6016-2331341 ..rugi takat simpan softcopy dalam laptop je kan.

Note: Bukan hanya untuk ‘wedding’ tapi segala macam gambar seperti majlis akikah, majlis berkhatan, potret family etc, boleh je aku buatkan storyalbum seperti di atas…design adalah EXCLUSIVE..

Ebook: Panduan Lengkap Mudahnya Poligami

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

3 thoughts on “Storyalbum – Watikah Cinta tanda kenangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *