September 19, 2020

Nasi kerabu daging goreng kunyit

Sejak 3,4 bulan kebelakangan ni, bila ‘balik kampung’, wajib mencari nasi kerabu berlaukkan daging kunyit. Kalau dapat daging bakar, lagi syokkkk..

Hujung minggu lepas, Sabtu & Ahad, brekpes aku adalah nasi kerabu daging goreng kunyit. Kedai makan feveret bila ‘balik kampung’, kedai makan sebelah kedai tayar, depan Masjid Gong Kepas, Besut, Terengganu.

Ada bermacam menu, nasi kerabu, nasi dagang, nasi lemak, nasi berlauk dan aneka kuih-muih.

 

Ahad lepas juga, berpeluang bawa famili mertua adik aku dari KL yang datang melawat Umi bersarapan di kedai feveret aku ni. Pilihan aku seperti biasa, nasi kerabu daging goreng. Diorang ada yang pertama kali mencuba nasi dagang, nas lemak dan juga kuih tradisional tempatan ie: cek mek, laksam, nasi impit sambal ikan etc.

 

Nasi dagang feveret isteri. Hari-hari bersarapan dengan nasi dagang pun dia ok. Baby dalam perut lagi suka.

 

Harga kat sini memang berpatutan. Nasi kerabu daging goreng aku just RM4.00. Nasi banyak giler, ada solok lada, ada kopok, ada daging goreng. Memang puas..pergh, telan air liur lak aku dok cerita pasal nasi kerabu ni..haha.. feveret Dayyan, nasi himpit sambal ikan tu je. Sebungkus dia boleh habis nasi himpit tu. RM1.00 untuk sebungkus..mana nak dapat kan kalau di Klang Valley? ;-p

Burp..alhamdulillah..tak sabar nak ‘balik kampung’ lagi bulan depan ni….

 

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

12 thoughts on “Nasi kerabu daging goreng kunyit

  1. Kat Seksyen 9 bandar baru bangi ada pasar setiap hari rabu..kedai situ nasi kerabu dia memang sedap. Memang beratur la kalo nak beli..memang mujahadah beratur..tai sebab sedap nasi kerabu dia tak rugi beratur..berbaloi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *