March 29, 2024

Masa bersama anak

Antara cabaran yang sering dihadapi oleh ibu bapa yang bekerjaya adalah masa bersama anak. Aku guna istilah ‘cabaran’, instead of ‘masalah’ , sebab Dia dah bagi 24 jam, sepatutnya dah cukup masa untuk semua aktiviti harian, mingguan, bulanan mahupun tahunan. Setuju?

 

Menurut kata Pakar Perkembangan Kanak-kanak, Dr Michele Macias, perkembangan otak si kecil berusia 7 tahun ke bawah akan lebih ke arah positif apabila ibu bapa lebih meluangkan masa berdua dengan anak berbanding menghantar mereka mengikuti pelbagai aktiviti berbeza.

 

‘Masa bersama’ ni juga menjadi ‘cabaran’ kepada aku dan isteri seperti mana mak pak lain yang bekerja. Kerjaya buka sebagai alasan untuk tiada masa bersama. Kena pandai-pandai la kan.  Yang penting, ‘Masa bersama anak‘ juga salah satu aktiviti untuk merangsang minda anak.

Masa berdua sangat penting kerana inilah saatnya mak pak boleh mengajarnya pelbagai kemahiran asas terutama membabitkan soal agama, budi pekerti dan mengenal peribadinya. Inilah juga masanya untuk mak pak memberikan teguran pada mana-mana kesalahannya dan memberitahu apa yang sepatutnya dia lakukan tanpa si kecil berasa malu berbanding jika ditegur di depan adik-beradik lain.

 

Malah, pada ketika inilah juga mak pak boleh bertanyakan perkara yang disukai atau sebaliknya. Biasanya ketika berdua ini sambil melakukan aktiviti kegemarannya, anak akan lebih mudah untuk berbicara dan meluahkan rasa hatinya.

InsyaAllah, sesibuk mana pun aku dan isteri, letih macam mana pun, aku akan cari masa bersama Dayyan setiap hari even setengah jam.

Semoga aku akan terus kuat untuk membesarkan anak-anak dalam dunia yang makin mencabar ni, sama ada cabaran ekonomi, akhlak mahu pun sahsiah diri..

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

7 thoughts on “Masa bersama anak

  1. Memang tak terlayan kerenah anak-anak umur di bawah 7 tahun ni kan? Tapi iulah masa yang sepatutnya kita luangkan bersama..nanti dah besar terasa ruginya tak main dengan anak-anak ni

  2. Zaman sekarang memang mencabar. Dengan adanya gajet,perhatian mak pak terhadap anak berkurangan..alhamdulillah, saya surirumah sepenuh masa.Anak sentiasa bersama 24jam.

  3. masa kecik ni la nak habiskan masa dengan diorang.

    dah masuk sekolah..

    hari-hari dok manja dengan cikguuuuuu aje.

    haha..

  4. Takpe, mmg masa kurang. Tapi research dah tunjukkan it’s not the quantity but the quality that counts.

    Ramai juga mak bapak yg ada masa dgn anak, tapi anak kat depan mata, depa belek phone. Masa makan dengan anak belek phone, masak pergi dengan anak ke taman permainan depa belek phone.

    Phone lagi penting dari anak. Huhu

Leave a Reply to titan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *