March 29, 2024

Jangan bersedih dik.

3/3/2015..tarikh keramat bagi mereka yang mengambil peperiksaan SPM pada tahun 2014. Hari ni gak, wujud dua golongan, mereka yang bersedih, dah mereka yang bergembira.

Abang dah pesan awal pagi lagi, “pergi awal-awal pagi ambil result SPM, takut ‘A’ banyak habis.”

Lawak skeptikal yang pernah abang dengar 14 tahun lepas. Tahun result SPM aku keluar. Momen yang takkan pernah lupa. Ye, sekadar memori usang. Dari memori ni, abang belajar satu pengajaran. Tak guna bersedih gila-gila apabila dapat result teruk gilerrrr berbanding rakan-rakan yang lain, dan jangan terlalu bergembira apabila result ko gempak giler.

Ini baru PERMULAAN HIDUP.

Mengambil pengajaran dari orang-orang di sekeliling, result SPM teruk, tak bermakna dik akan gagal dalam hidup. Abang pernah jumpa mereka yang berjaya dalam usia abang sekarang ni, 14 tahun lepas hanya mendapat 1A’s 3B’5’C .. Tipsnya, jangan berputus asa…

Abang tahu ada rakan abang yang hanya sekadar cukup makan result SPM nya 14 tahun lepas, tapi kini, gah dengan empayar perniagaannya. Tapi tetap merendah diri dan sentiasa memberi semangat untuk rakan-rakan yang ‘jatuh’ dipertengahan jalan. Tipsnya, jangan menoleh ke belakang, dan maju ke hadapan..

Rasanya tak perlu abang berceloteh panjang, cuma nak pesan – JANGAN PUTUS DAN JANGAN MALAS!

Paling penting, kena tahu KEJAYAAN itu adalah satu benda yang SUBJEKTIF…

Dik, jangan sedih sangat. Sekali lagi nak pesan. perlu ingat, KUNCI KEJAYAAN adalah KECEKALAN & KERAJINAN macam budak dalam ni [ http://bit.ly/1F426Sm ]

Lagi satu, kan dah pesan, pergi awal-awal pagi ambil result… :-p

125983ca879eeb42eabee6d0f51a31b4

Selamat meneruskan perjuangan hidup kepada pengambil-pengambil result hari ni! Fikir hala tuju lepas ni ye..kalau nak ceburi bidang oil & gas, boleh dapatkan panduan KERJAYA MEWAH OIL & GAS.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

17 thoughts on “Jangan bersedih dik.

  1. Abang, kalau study asasi sains hayat dekat pasum boleh tak masuk utp nanti? boleh abang ceritakan perjalanan abang dari spm sampai sekarang? ringkas2 pun takpe, ke abang dah ada tulis dekat blog, kalau dah saya nak link boleh tak, terima kasih banyak2 abang, doakan saya berjaya dunia akhirat

  2. SA lagi best…orang sibuk2 amik keputusan..SA sibuk2 pi keja time tu…hahahaha…..dah settle 2-3 hari lepas tu baru pi amik….gilos betul…at last kat sini la tercampak ha…IPP Company selepas Oil & Gas Schlumberger….ahaks….

  3. Betul tu tuan JMR ada rakan yang belajar tak pandai tapi dah jadi tokey dan bisnesman. Banyak lagi peluag dan ruang untuk cipta kejayaan 🙂

  4. setuju sangat..keputusan akademik semata tidak menjamin masa depan yang cemerlang..yang penting usaha masing2 selepas itu..

  5. Salam bro JMR ska Jamar. Berdebar juga bila sebut peperiksaan SPM. Kenapa tidaknya…. anak sulong saya ambil perperiksaan SPM tahun ini 2015. Semoga mereka dpt jawab dengan terbaik.

    1. wah anak sulung bro dah SPM ek..SPM tahun ni ek..kena terus bagi semangat dan perangsang utk dia. Doa ayah insyaAllah termakbul

  6. Sangat setuju, SPM bukan titik akhir tetapi titik permulaan untuk melangkah ke perjalanan yang seterusnya..yang penting jangan pernah putus asa

  7. Lawak yang sama pakcik isteri saya katakan kepada adik ipar saya yang bersedih selepas dapat keputusan SPM 5A, 2B, 1C dan 1D..

    Pakcik isteri saya bagi tahu dekat adik Ipar saya..

    “Tulah.. Siapa suruh datang ambil result lambat.. Kan dah habis A, kawan-kawan adik ambil bawa balik”

    “Dulu Cu belajar jauh.. Dekat Taiping.. Masa Cu pergi ambil result, Cu datang paling lewat sekali… Masa Cu sampai, semua A kawan-kawan Cu dah ambil.. Yang tinggal B, C dan D jer.. Jadi Cu ambil jerlah B dan C yang tinggal… Tinggalkan selebihnya untuk kawan Cu yang ada dekat belakang”

    hehehe…

Leave a Reply to JMR Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *