April 6, 2020

Robocar Poli & Dayyan – sahabat mulai hari ini.

Sebelum ini, kegemaran Dayyan hanya Upin Ipin & Ultraman. Tapi since hujung tahun lepas, Robocar Poli dah masuk dalam carta hati dia. Since ASTRO dah ada tayangan Robocar Poli dalam bahasa Melayu, lagilah dia suka. Masuk je Toys”R”Us, konfem mengadap team Robocar Poli..besar 3 jari tangan je pun dah cecah RM50++ ..dua tiga kali gak aku fikir. Mahal sebab ‘imported item’.

Apa itu Robocar Poli?

Robocar Poli adalah siri animasi dari Korea Selatan. Mula ditayangkan sejak tahun 2011, dicipta oleh RoiVisual. Dah berjaya di Korea Selatan, animasi Robocar Poli mula dieksport ke Perancis, Taiwan, Jepun dan beberapa buah negara lagi. Robocar Poli ni sebenarnya ‘rescue team’ yang terdiri daripada Robocar (Poli), Robotruck (Roy), Robovan (Amber) dan Robocopter (Heli). Ala-ala ‘Transformer’ la kiranya kan..

 

Robocar Poli mula dikenali di Malaysia. Budak-budak pun makin ramai yang suka. Toy karekter Robocar Poli dah dijual di Toy”R”Us, AEON Jusco dan beberapa mall lain. Rata-rata harga yang aku tengok, lebih kurang sama. Dalam dok berkira-kira nak angkat yang mana untuk si Dayyan, alhamdulillah wan mommy dia hadiahkan Robotruck Roy semasa trip diorang ke Korea Selatan. Saje nak surprisekan dak kecik ni. Letak Robocar Poli tu atas piano kat rumah, then panggil Dayyan keluar bilik.

 

Baru bangun tidur ni. Elok je keluar bilik, terbeliak tengok kotak atas piano tu. Tapi takde reaksi excited, slow-slow dia capai kotak tu. ” Mommy, siapa punya Robocar Roy ni?? ” tanya Dayyan sambil buat muka pelikkkk, jelas kelihatan kontrol excited..cehs..kecik-kecik dah pandai…

Sekejap je..lepas tu mulut dah bising suruh buka dan ajar dia main…

 

Dia punya excited, masa bawa makan Nan Cheese kat mapley pun, dibawanya juga si Roy tu. Tak lepas kat tangan. Kiss-kiss tak yah cakapla. Dok transform si Roy tu jadi truck, then jadi Robo, then truck then Robo..Roy pun aku ingat pening dok melayan si Dayyan ni..hahaha..Dekat jam 12 malam, baru terlelap sambil peluk Robocar Poli, Roy tu…sahabat baik sangatttt..

Senyum bahagia je aku tengok Dayyan tidur dalam kegembiraan…Alhamdulillah atas nikmat ini.

“Sayangilah anak kita semampu kita, kerana kita tidak tahu, siapa yg akan pergi dahulu, kita ataupun mereka.”

[Untung tak, main Instagram 3,4 jam sehari, tapi mampu jana pendapatan tambahan sehingga 4 angka?]

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

15 thoughts on “Robocar Poli & Dayyan – sahabat mulai hari ini.

  1. aku tgh mencari mainan ni kat anak aku… dah pergi toys r us kat klcc tp hbs stock… kat mid valey ada tp roy xde… tak tahu lak jusco pun ade… boleh la ushar lps ni…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *