September 19, 2020

Jejaka sepi

Dayyan Harith, hujung minggu lepas, balik rumah Nek Mi di Besut, buka pintu, terus berlari ke dapur, then ke ruang depan, then masuk bilik, takde orang. Aku dok peratikan je. Apa yang dia dok cari sebenarnya. Agak-agak tak jumpa yang dia cari, dia pandang aku, aku pandang dia. Dia angkat tangan sambil gerak-gerak jari, tanda takde apa yang dia cari…

Aku dah agak.. dia mencari seseorang, bukannya toys dia..

Slow-slow aku bagitau dia, “kakak Amanda, adik Aizu dah balik jepun” ..”aki pun takde. Dayyan bosan ye?”

Dayyan angguk tanda setuju..

 

6 bulan lepas, balik kampung, biasanya ada orang kat umah selain Nekmi dia, samada ada Chu’a atau pun Chik dia. .Paling tidak, ada arwah aki Dayyan yang sentiasa teman dia round-round satu rumah. Bulan lepas balik, memang meriah sebab semua ada. Ada famili Amanda, ada Chuha, ada Chik. Kali ni, semua takde.

Nasib baik ada si Adehh ni, kucing putih yang setia menemani dia. Adehh ni tahu je, bila Dayyan balik kampung, pasti dia datang lepak kat rumah. Act kucing putih ni milik jiran belakang rumah, dan hanya datang bila Dayyan ada kat rumah ni je…

Pasti Dayyan pun rindu aki..semoga aki tenang dan sejahtera di alam sana.

JMR cadang: Buat Duit Dari Rumah!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

12 thoughts on “Jejaka sepi

  1. kesian dayyan xde kawan dah bila semua dah balik. mujur ada kucing comel tu. kucing kadang memahami apa yg kita rasa kan…

  2. alahai… satu perkara yg saya sendiri tak boleh nak lawan ialah rasa sunyi… lagi lah budak kecik… kalau saya tau kat kampung akan sunyi, sanggup lah tak balik…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *