JMR23

First job..kerana minat.

First job in 2015.

Bukan job pertama dalam hidup, dan juga bukan pekerjaan pertama sepenuh masa.

Alhamdulillah, sejak tahun 2007 hingga 2014, aku dah boleh buktikan minat boleh ditukarkan menjadi pendapatan sampingan. Terbukti, sesiapa sahaja boleh buat duit dengan foto. Janji kena ada minat dan sedikit pengorbanan la kan. Sama je dengan strategi buat duit dengan affiliate..setidak-tidak korang kena berkorban sedikit wang membeli Kitab SEO Ajaib tu kan.

Syok sebenarnya melibatkan diri dalam industri fotografi ni sebagai ‘photographer‘ untuk majlis perkahwinan, pertunangan atau pun event-event lain. Mungkin sebab ‘passion’ aku dari kecil. Walaupun background aku dalam bidang kejuruteraan, dan hingga ke hari ni, pekerjaan tetap aku sebagai jurutera projek dalam industri minyak&gas, sedikit pun tak pernah menghalang minat aku dalam bidang fotografi..eh termasuk la dalam blogging ni. 3 in 1 ..semuanya disebabkan minat! Kalau tak kerana minat, aku akan berhenti menulis seawal tahun 2009, atau mungkin aku tak sanggup ‘pecah kepala’ untuk terus bertahan dalam industri minyak&gas, apatah lagi berpenat lelah untuk merakam detik indah pasangan Raja Sehari kan.

First job in 2015. InsyaAllah akan menyusul job/assignment lain yang memenatkan & juga menyeronokkan. Terima kasih kepada assistant aku on the day, KayrolSpike! Good job bro. Ok kepada sesiapa yang nak pakai servis fotografi bolehle roger2 kami WA: +6016-233 1341.

Facebook: Suara Mata Photography

Instagram: @suara.mata

CREATIVITY: Some people dream of success…while others wake up and work hard at it.