Aku pernah terbaca, perkahwinan itu satu perjudian. Ada menang, ada kalah. Ada yang menipu, ada yang ditipu. Pendek kata, macam-macam dugaan dan halangan yang akan ditempuh.
Tapi aku tak main judi. Haram.
So, aku pegang kepada kata-kata, Perkahwinan itu satu ibadah..
Kalau aku tahu, perkahwinan itu indah dan boleh jadi satu ibadah, awal-awal dulu aku dah kahwin. Tapi, ajal maut jodoh pertemuan di tangan Dia kan.
Cuma lately ni, seram gak bila mendengar khabar rakan-rakan/saudara-mara di sekeliling aku yang terpaksa mengakhiri perkahwinan mereka dengan satu perpisahan/perceraian. Itu bukan kehendak mereka, itu ketetapan daripada-Nya. Ya, memang.
Tapi, aku agak kurang setuju, bila ada antara mereka, dari awal-awal dah mengadu ‘give-up’ dengan perkahwinan mereka. Terasa bosan dengan rumahtangga la. Terasa pasangan dah tak macam dulu, lain benor berbanding zaman bercinta dulu. Of koz la lain, masa berubah, manusia berubah..tapi takkan kita nak turut je perubahan tu walaupun memang kita nampak ianya ke arah NEGATIF? Jangan cepat putus asa..
Satu sebab yang aku perasan, punca utama berlaku penceraian ni – TIADA MASA.
- Suami/isteri terlalu sibuk hingga TIADA MASA untuk spend time buat aktiviti bersama macam dulu-dulu.
- Suami terlalu banyak urusan di luar sehingga TIADA MASA untuk makan malam bersama isteri.
- Isteri terlalu sibuk dengan kerja rumah sehingga TIADA MASA berhias untuk suami.
- Suami/isteri terlalu penat dengan urusan kerja harian hingga TIADA MASA untuk bermesra seperti malam pertama.
- TIADA MASA untuk duduk semeja berbincang atau mencari solusi bila ada masalah.
- TIADA MASA untuk fikir cara nak tingkatkan lagi kemesraan dalam rumahtangga.
- Sibuk dengan aktiviti bersama rakan-rakan di luar, hinggakan TIADA MASA untuk keluar dating dengan isteri di malam minggu.
- Terlalu sibuk melayan anak hingga TIADA MASA untuk jaga makan minum pakai si suami.
- Terlalu asyik dengan facebook hingga TIADA MASA untuk lepak bersama isteri depan tv.
- TIADA MASA untuk dibuang masa bersama isteri, jalan-jalan ke shopping mall, lepak makan tepi jalan etc.(paham x yg ni?
- *tambah sendiri…
Nauzubillah…
Masa, makin dikejar, makin tak cukup. Harta, makin dikejar tanpa rasa syukur, pun makin tak mencukupi. Allah swt dah bagi 24jam, 7 hari seminggu, dah cukup untuk dibahagi-bahagikan kepada yang sepatutnya.
– Last week, aku mencari masa untuk menonton wayang di cinema bersama isteri. Ini aktiviti feveret kami sebelum Dayyan Harith dilahirkan. Rasanya sekali dua je kami ada masa untuk aktiviti feveret ni selepas kelahiran putera comel tu. Mid-nite movie, couple seat RM18 ok. Walapun movie The Hunger Games Mocking Jay tu hampehs giler, tapi MASA itu yang kami cari. Memang lain rasanya selepas dapat MASA tersebut….
Sentiasa pegang ni, Perkahwinan adalah sebuah kisah pengembaraan, bukan satu destinasi.
JMR…pagi tadi julia terdengar di corong radio, ustaz ada jelaskan…akhir zaman tandanya setahun berlalu begitu cepat, sehari dirasakan sesaat, hari berganti hari…tahun ke tahun terasa seolah2 makin terasa berlalu begitu pantas…memang betul Allah bagi setiap manusia sebenarnya cukup masa 24 jam…tapi kita sendiri yang melalaikannya….sungguh, perkahwinan itu satu pengembaraan yang sangat maha dasyat…lagi seronok pengembaraan itu bila ada darah daging kita sendiri depan mata….ya Allah tak terkira betapa hebat pengembaraan bersama keluarga tercinta…untuk dapat pengembaraan yang hari2 membahagiakan, pelan ia…pelan dan buat perancangan bersama2…memasak ke, mcm JMR tonton wayang itu satu cukup menghiburkan, macam julia, julia dan suami suka plan percutian, setiap besday masing2 akan ada percutian dekat2…janji ia menyeronokkan…bukan satu destinasi…benar…destinasi tu menunjukkan ia sementara….pengembaraan bermaksud ia baru bermula………….ishhh mcm rasa baru kahwin hahahhahahahha
SA x kahwin lagi ni..macam mana ni? hehehe…sejarah dulu buat SA serik…trauma dan fobia…tp redha je la…hehehehe
Nakhoda kapal memainkan peranan yang sangat besar dan tanggungjawabnya nak pastikan pengembaraan berakhir ke destinasi yang diimpikan iaitu Jannah
A ah kan perkahwinan tu bukan perjudian. Tapi ibadah. Terpulang pada kapten & pembantu kapten nak bawa kapal belayat elok atau karam.
setuju..kapten&co-kapten tu memainkan peranan yang sgt penting kan
Terima kasih di atas Tips yang diberikan… Semoga selepas mengamalkannya, kita dapat mengekalkan keharmonian rumah tangga sehingga ke akhir hayat… In Shaa Allah..
insyaAllah, ni kira satu perjuangan jugak la kan bro
Tapi saya tak kahwin lagi. Hehehehe
tak pe bro…boleh jadikan panduan sebelum kahwin heheh
masa untuk satu sama lain yang penting kan
betul tu..masa tu sgt bernilai tp amat susah nak didapati kan
tips yang abgus nie untuk pasangan yang sudah berkahwin
kan..utk yang dh berkahwin je tao..hehe
Jadi kena ada masa untuk dibuang bersama isteri. Selain tu rasenya kena buat solat fardhu jemaah yang ni tips dari ustaz (Lupe namanya) kena amalkan insyaallah keluarga bahagia.