February 25, 2020

Dinoscovery by Dinosaurs Live di Avenue K sangat real!

Cuti sekolah datang lagi. Masa ni la mak pak pening kepala plan nak bawa anak bercuti ke tempat-tempat menarik. Cuti tetap cuti, tapi takkan nak biarkan anak-anak kebosanan di rumah tanpa aktiviti berfaedah yang boleh bagi input positif untuk ilmu di dada mereka kan. Untuk ibu bapa yang berada di sekitar Lembah Klang atau bercadang ke sini, meh aku rekemenkan satu tempat best- Dinoscovery by Dinosaurs Live! di Avenue K, KL. Pameran ni diadakan selama 1 tahun yang pasti memberi 1001 pengalaman & kenangan manis buat anak-anak dalam pengembaraan mereka di zaman Dinosaur.

 

Ahad lepas, aku berpeluang spend masa dengan Dayyan Harith&wife di Dinoscovery. Bukan Ayyan je yang excited, mak pak dia pun turut sama. Ye la, Pameran interaktif ni mempamerkan dinosaur animatronik yang direka semuka, siap boleh gerak-gerak dan mengaum, dan berlatar belakang habitat sebenar mereka. Ok ok, walaupun aku pun tak pasti habitat sebenar mereka camana rupanya hahah..

 

Sebelum masuk, pelawat(anak&mak pak) akan dipakaikan dengan Dinoscovery vest, ala-ala ahli paleontologi. Bukan main segak abang Dayyan kita ni! Memang terserlah keterujaan dia masa ni. Nak-nak dari luar dah dengar ngauman si T-Rex. Sebelum memulakan pengembaraan, pelawat akan ditayangkan dengan video untuk menggambarkan keadaan sebenar dan dinosor sebenar yang akan dijumpai nanti. Ko ingat budak-budak nak sangat ke layan video ni? Idokla..mereka sangat tak sabar nak ‘layan’ dinosaur ‘sebenar’ kat dalam tu je…

 

Selamat datang ke zaman Mesozoik! Setiap group akan diberi tag RFID(Radio Frequency Identification). Gunanya untuk mencari spesimen dinosaur. Selepas dapat jawapan seperti dikehendaki, korang bolehlah tampal stiker kat peta seperti  Puan Nunu dok tengah syok layan tu. Kalau berjaya setel semua, dan tampal semua stiker, korang akan dapat sijil Ahli Paleontologi Junior/Expert.

 

Pameran ini berunsurkan ‘edutainment’-mendidik sambil berhibur. At least, anak-anak bolehlah dapat ilmu tentang zaman lampau. Ada 15 aktiviti interaktif yang menarik yang boleh dicuba di sini. Ayyan bukan main lagi tertarik dengan dinosaur-dinosaur ni. Dah la besar ikut saiz sebenar, siap ekor diorang ni boleh bergerak lagi. Aku agak, si Dayyan ni konpius kt, ni binatang betul ke tipu.

 

Mungkin Dayyan tak kenal lagi erti takut. Sikit pun dia tak takut dengan rupa pelik dinosor ni. Lagi dikejarnya ada la. Risau lak kalau ditariknya telinga binatang tu sampai putus..hahaha..siap nak memintas dinosaur tu lagi!

 

Dino Rase. antara aktiviti bersama yang ada di Dinoscovery ni. Kalau terasa dah laju lari tu, boleh cuba lawan dengan binatang tu. Mak pak pon boleh ye.

 

Sapa kata dinosaur ni liar..ada yang jinak gak ok. Kitorang boleh siap tunggang gi bersiar-siar..

 

Sarang tebuan jangan dijolok. Inikan pula sarang dinosaur. Kalau dijolok gak, ko tunggu je la amukan dinosaur-dinosaur tu.

 

T-Rex – dinosaur terbesar yang ada kat sini. Ikut saiz sebenarkan. Fakta tentang T-Rex- boleh telan makanan seberat 230kg sekaligus, bayangka kalau budak-budak takat 20kg -30 kg, berapa ramai T-Rex boleh telan kan. So berhati-hatilah bila mengembara bersama anak-anak ke zaman dinosaur ni ye.

 

Di sini gak disediakan ‘site’ untuk korang train jadi ahli palentologi. Berus disediakan dan bolehlah kuis-kuis pasir tu, sapu-sapu kat area tu untuk mencari fossil dinosaur. Takde limit masa, carilah sampai penat.

 

Ni lak ruang untuk anak-anak bergembira sesama mereka. Rasanya yang tu gunung berapi, ada certain time, akan meletus dan memuntahkan lava-lava dalam bentuk bebola. Bukan main seronok lagi Dayyan dok kutip dan masukkan dalam satu lubang kat gunung berapi tu. Sampai aku ajak keluar pun, dia nak masuk balik. Menangis-nangis tak nak keluar. Takpe, nanti kita beli satu ye..haha..

 

Ni lah rupa bentuk telur dinosaur yang dipamerkan di pintu keluar Dinoscovery ni. Warna-warni rupanya telur dinosaur ni. Ingatkan just ada telur kuning macam telur ayam je.

 

Selain aktiviti interaktif yang diadakan kat dalam tu, kat luar gak disediakan beberpa aktiviti menarik untuk anak-anak ie: Lead A Dino ni. lebih kurang macam puzzle rasanya..pendek kata, kat Dinoscovery ni, pelbagai aktiviti menarik yang boleh anak-anak/mak pak join sekali. Dapat gak tajamkan skill dan minda anak-anak kan.

Sangat berbaloi ok untuk spend masa bersama famili di sini. Highly recommended! Untuk makluman, pameran ni hanya berlangsung selama setahun dan akan tamat pada Mac 2015. Tak lama lagi, so inilah masanya nak bawak anak-anak ke sini kan.

Harga tiket kanak-kanak yang berumur 17 tahun ke bawah ialah RM35 untuk rakyat Malaysia dan RM50 untuk bukan rakyat Malaysia manakala tiket untuk orang dewasa berharga RM25 untuk rakyat Malaysia dan RM40 untuk bukan rakyat Malaysia. Manakala bagi golongan warga emas (60 tahun ke atas) dan golongan kurang upaya, harga tiket ialah RM19. Waktu pameran dibuka dari 10:00 pagi hingga 7:00 malam, setiap hari Isnin hingga Jumaat dan 10:00 pagi hingga 8:00 malam setiap hujung minggu termasuk cuti sekolah dan cuti umum, dengan kemasukan terakhir pada pukul 7:00 malam.

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai pameran, sila layari www.discoveria.com.my atau laman

Facebook Discoveria di https://www.facebook.com/discoveria.kl atau hubungi +603-2181 7218.

Masih tak tahu apa plan masa cuti sekolah ni? Boleh ke www.destinationmalaysia.my kerana di situ ada panduan kembara lengkap yang meliputi semua yang anda perlu tahu tentang pelancongan di Malaysia termasuklah pakej pelancongan, penginapan, tempat tumpuan pelancong, pusat membeli-belah dan pelbagai lagi.

Pertandingan Online ‘Dinoscovery by Dinosaurs Live!’ bersama Destination Malaysia kini berlangsung! Cepat! Dapatkan info lanjut di Facebook Destination Malaysia.

Done!Selamat bercuti!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

10 thoughts on “Dinoscovery by Dinosaurs Live di Avenue K sangat real!

  1. Best! Best! Anak-anak mesti suka terutama yang suka tentang cerita Dinosour. Admin beli tak telur dinosour? Rendam telur tu dan nanti keluar anak dinousour. Seronok anak baut eksperimen tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *