July 7, 2020

Combo Avanza sedap di Wadihana Islamic Steakhouse, Bandar Botanik

Dah Disember, tapi aku baru nak share cerita ni. Maybe boleh masukkan dalam list ‘kedai makan sedap di Bandar Botanik, KLang’

Alhamdulillah, sebulan yang lepas, dimurahkan rezeki untuk celebrate ulangtahun MIL yang ke-XX, di Restoran Wadihana Islamic Steakhouse di Bandar Botanik.

 

Wadihana Islamic Steakhouse ni tak jauh dari GM Klang. Betul-betul di simpang nak masuk ke GM Klang tu. Parking banyak, silap-silap boleh dapat parking depan pintu masuk macam kami ni.

 

Interior design dalam Wadihana Islamic Steakhouse. Menarik, kena dengan konsep Islamic Western. Masa kami datang, pelanggan tak ramai. 3,4 meja je ada pelanggan. Tak sampai 5 minit, waiter datang amik order. Mungkin bukan hari terbaik masa kami datang ni, banyak menu takde stok sebab supplier yang patut datang hantar stok mentah hari-hari, tak datang atas sebab-sebab tertentu. Ingat nak angkat kaki dah, tapi since ada gak menu menarik yang boleh dicuba, why not kita cuba je kan?

 

Untuk appetizer, aku orderkan Rocky Nachos with Chesse&Chicken (RM12.90). Sambil tunggu main dish, boleh menguyah sambil berborak kan. Nachos tu rangup + isi ayam pun banyak, cicah-cicah dengan chesse tu..sedap!

 

Tak sampai 10 minit, Grilled Chicken Breast dengan mushroom sauce yang Mama Wan Dayyan order dah sampai. Set ni dihidangkan bersama ‘pilaf rice’, ‘buttered vegetable’ dan jagung bakar. RM21.90 untuk set sedap ni.

 

Untuk aku dan Puan Nunu, kami pilih Combo Avanza. Act boleh makan untuk 3/4 orang. Tak pasti kenapa nama dia, Combo Avanza ni tapi yang pasti, atas ‘pan’ tu ada mix semua menu – grilled chicken breast, salmon, lamb shoulder, beef sirloin, telur mata,chicken sausages, dory fish fillet, udang harimau dan juga ‘pilaf rice’. Semua ini untuk RM39.90, memang puas hati. Sauce lak dia bagi lemon butter sauce. Unik giler rasa sampai aku celup jari&hisap..haha..ini aku highly recommended!

 

Kat sini, ada pelbagai jenis sauce dengan resepi rahsia kot. Memang setiap satu ada keunikan sendiri. Aku tak pasti kena cas tambahan atau tak kalau korang nak mintak sos lebih ni..

 

Well, kalau Tuan Muda tersenyum puas dan bersandar kekenyangan, bermakna dia sangat puas hati. Overall, memang ok food makanan kat sini, walaupun sedikit terkilan sebab banyak menu tak available masa kami datang ni. Mungkin nak kena repeat datang kat sini nanti. Betul tak Tuan Muda Dayyan?

Alamat Restoran Wadihana Islamic Steakhouse Bandar Botanik:

46, Jalan Kasuarina 6, Bandar Botanic, 41200 Klang, Selangor.

(Contact No: +60333198696)

Facebook: Islamic Steak House, Bandar Botanik

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

7 thoughts on “Combo Avanza sedap di Wadihana Islamic Steakhouse, Bandar Botanik

  1. Pernah makan kat restoran ni, tapi western punya quality food tak best sangat, for RM 45 steak bole dapat premium beef, tapi kat sini beef biasa jer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *