April 19, 2024

Parti Hari Jadi & Majlis Perkahwinan

Dek kerana komitmen pada kerja dan famili, lately ni sangat jarang aku lepak dengan memba, baik di malam hari biasa atau pun hujung minggu. Aku rasa ini normal untuk seorang lelaki yang bergelar ayah&suami , dan sentiasa memikirkan peluang buat duit…

Ni kang, kalau tetiba aku ajak memba lepak minum selepas lama tak lepak, mesti ada yang jawab, “boleh..asalkan jangan MLM..kesian MLM tu dipersalahkan. hehe..tapi itulah life aku sekarang. Dah habis kot zaman aku lepak macam zaman bujang dulu. Oleh sebab itu, aku memang seboleh mungkin, akan cuba memenuhi jemputan apa-apa majlis di hari minggu atau hari yang aku rasakan sesuai. At least, masa inilah peluang aku berjumpa dengan member-member.

Sabtu lepas, aku dijemput ke Parti Hari Jadi Quratul&Irfan, anak kepada Rakan Blogger, Nannie yang diadakan di Pizza Hut Subang 2. Aku dah block date awal-awal untuk parti ni. Bagus untuk Dayyan gak sebab boleh latih dia untuk terdedah dengan suasana keraian sebegini. Since dia dijaga secara ekslusif oleh famili, waktu beginilah yang paling sesuai untuk dia biasakan diri di khalayak ramai dan pergaulan dengan rakan seusia dengan dia.

Masa kami sampai,Deqnoor & Eazy pun ada sekali. Seat kami disediakan ekslusif oleh tuan rumah. Syok borak-borak, makan pizza sambil tengok keletah anak-anak dok main game yang dianjurkan oleh pihak Pizza Hut Subang 2 ni. Cam best gak organize birthday party kat restoran gini, at least takde la penat nak kemas rumah balik kan pas setel majlis.

Setel untuk hari Sabtu..

Hari Ahad lak, pun awal-awal dah block date untuk my best friend wedding. Best friend dalam perjuangan sapa makan sushi paling banyak. Lama gak aku tak jumpa si Amean ni. Last jumpa di Hokkaido Sushi, masa tu dia baru bertunang dan Dayyan baru merangkak. Eh bukan Hokkaido di Jepun tu, tapi di One Utama. Sekarang, Dayyan dah boleh berlari pun.

Tahniah bro Amean JK dan Lynna. Semoga berbahgia hingga ke anak cucu korang. Setel majlis semalam, malam tu gak diorang fly ke Dubai untuk second honeymoon. Pergh..dah second honeymoon tu..insyaAllah bulan depan berisi la tu..heheh

Note: Tak sabar nak tunggu hari Sabtu lagi…;-p

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

4 thoughts on “Parti Hari Jadi & Majlis Perkahwinan

Leave a Reply to hazman aka species1980 Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *