February 26, 2020

Kalau gini stylenya, 5jam lepak kat Bmon Cafe pun tak kisah.

Gambar di bawah ni bukan la ruang tamu rumah sesorang ye..

 

Ini pun bukan..

 

Tapi ini adalah hiasan dalaman sebuah cafe, Bmon Cafe yang terletak di The Strand, Kota Damansara.

 

Tu pasal aku cakap, lepak lama-lama kat sini pun tak kisah, sebab segar mata memandangkan. Tak kisahlah lepak dengan famili ke, kawan-kawan ke atau dengan rakan bisnes. Setuju?

Terima kasih kepada Rakan blogger a.k.a Food blogger Malaysia yang sudi ajak aku untuk join rakan blogger lain untuk lepak di Bmon Cafe ni hujung minggu lepas. Chit chat pasal blogsphere, life sambil sambil menikmati menu-menu segar dari dapur Bmon Cafe.

 

Sebagai coffee addict, pagi pagi ni haruslah aku cari kafein kan. Aku pilih Bmon Plant. Bmon Plant ni signature drink untuk cafe ni. Act. ini adalah kombinasi antara kopi+chocolate+almond. Rare dan sedap giler rasa dia. RM13 secawan untuk rasa yang berbaloi.

Alang-alang nak masuk waktu lunch hour, perut dah minta diisi. Kat Bmon Cafe ni, menu dia lebih kepada Western cuisine diinovate dengan idea pihak Bmon Cafe sendiri.

So, apa yang kami makan sambil borak-borakkan ek?

Mushroom Croissant + funfries. Croissant memang feveret aku. Butter saja pon dah ok pada aku, tapi kalau tambah mushroom macam ni, lagilaaaa sedap..

Ada juga Tuna Croissant. Bukan sahaja isi tuna/mushroom yang sedap, roti croissant ni pun lembut giler. Anak kecik pun pon boleh makan tanpa risau tercekik.

Kami juga dihidangkan dengan Mushroom Wrap dan Chicken Wrap. Tak silap, rasa isi dalam sama dengan croissant, cuma dihidangkan dengan gulungan roti prata.

Kalau sesapa yang tak suka croissant/wrap, boleh try set ni..cukup lengkap untuk hidangan sarapan pagi.

Satu lagi menu yang sedap untuk breakfast atau waktu lain. Homemade pizza dari Bmon Cafe. Yang ni pizza mushroom. Ada gak Hawaian Chicken Pizza. Saiz pizza ni memang sesuai untuk sorang makan. Dayyan pun boleh setelkan satu pan ni.

Reaksi muka nak cakap sedap giler chicken pizza dari Bmon cafe.

Yang ni lak, Beef Spaghetti dengan portion boleh makan tiga orang. Banyak giler. Even nampak cam pedas, tapi tak pedas ok. Dagin lak banyak giler. Sama gak dengan Chicken Spaghetti kat bawah ni. Memang puas hati kalau order yang ni.

 

Ni satu lagi menu yang menjadi tarikan di Bmon Cafe. Nama menu memang unik-Hippo In The Pond. Badak berendam ke?? Act, ni adalah kentang+breadcrumb yang digoreng dan dihidang bersama keping sosej, jagung, nanas dan dimakan bersama sos ramuan istimewa dari chef Bmon Cafe sendiri. Yang ni aku Highly Recommended bila ke cafe ini.

Tak lengkap kalau menu ni semua tak setel dengan dessert kan. Sempat gak try dessert yang ada kat Bmon Cafe ni.

 

Waffle rangup dengan aiskrim dan potongan strawberry dan pisang. Potong waffle tu dengan butter knife slow-slow, then pelan-pelan nikmati kerangupan waffle bersama aiskrim. Stim dow!

 

Ok. Chocolate Mud Cake ni adalah Hot Selling di Bmon Cafe. Lepas first suapan, no wonder, boleh aku katakan yang ni the best  mud cake in Kota Damansara. Datang area The Strand, aku rekemen korang singgap kejap, take away this mud cake dan rasa sendiri. Series tak nyesal.

 

Last but not least, bolehlah try Honey Lemon Tea untuk kesegaran sepanjang hari. Cara hidangan madu pun memang kreatif. Cute je tengok kan. Ni belum tengok lagi si pemilik tangan ni, lagi cute lol!

 

Ok. Ni lah geng lepak di hari minggu lepas dari jam 10.30pagi sampai 2.30 petang. Port ni pon boleh jadikan port untuk golek-golek sambil tunggu menu yang diorder sampaikan. Jangan sampai tertidur sudah…

Meh aku share lokasi Bmon Cafe ni.

BMON CAFE 
  • No 8-1, Jalan PJU 5/20B
  • 47810 Petaling Jaya, Malaysia
 Tel : 03-61589993
Waktu operasi : 11pagi – 10malam
HIGHLY RECOMMNEDED CAFE!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

23 thoughts on “Kalau gini stylenya, 5jam lepak kat Bmon Cafe pun tak kisah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *