February 26, 2020

Buffet makanan laut sedap di Aquamarine Marina Mandarin Hotel.

Tak banyak buffet di hotel yang ada pamerkan Sijil Halal. Di Malaysia sendiri pun, tak banyak hotel yang berani pamerkan Sijil Halal untuk buffet mereka, walaupun sumber makanan adalah Halal.  Meh nak share sket pengalaman makan malam buffet di Aquamarine Marina Mandarin Hotel, Singapore yang disahkan 100% HALAL oleh Majlis Agama Islam Singapore.

Aquamarine Restaurant ni terletak ditingkat 4, Marina Mandarin Hotel Singapore. Port makan dia ada indoor dan juga outdoor, tapi still dalam bangunan hotel.

 

Kami pilih port outdoor dengan pemandangan atas yang cukup indah. Sampai naik lenguh leher ni dongak ke atas banyak sangat. Basically, kat Aquamarina ni, disediakan menu berkonsepkan Western cuisne, Indian cuisine, Japanese food, Korean food dan premium seafood.

Sijil HALAL dipamerkan di section utama. Boleh makan dan melantak tanpa rasa was-was ye.

 

Untuk hidangan pembuka selera, of koz la aku pilih Japanese style. Dah terbiasa, kalau buffer mesti aku start dengan makanan Jepun ni selepas baca Bismillah..

 

Maaf gambar buruk. Guna henpon je, lagi pun suasana kat port outdoor tu low light. Salmon sushi memang feveret aku. Kaya dengan Omega 3 ni..

 

Ini yang aku maksudkan dengan premium seafood. Seafood sini memang segar segar dan besar besar. hehe.. Ada Alaskan crab, udang galah, oyster, beberapa jenis ketam lain, dan beberapa jenis siput yang pelik pelik.

 

3,4 kali gak aku ulang alik ke seafood section ni. Rasa semua jenis sikit sikit, barulah berbaloi kan..tapi tak boleh banyak sangat kan, sebab makanan laut bercengkerang ni sumer adalah sumer kolestrol yang tinggi. Kan tak pasal pasal medical check up aku kantoi.

 

Salmon sashimi yang terbaik. Sangat segar rasa dia. Dua tiga kali aku dok tenung siput hijau tu, rupa dah macam siput babi. Tapi bukan siput babi tao, tu siput apa ntah nama dia, berasal dari Perancis. Isi dia lebih kurang siput sedut, tapi lebih besar dan liat liat seperti daging. Sedap! Kalau jumpa, aku rekemen korang kena try. Makan sambil tutup mata ok, tak sanggup nak tengok rupa dia..hahaha.

Selain Japanese food dan raw seafood, lamb chop atau benda-benda grilled ni memang aku cari. Lembutnya daging kambing tu, memang tak rasa kambing langsung. Sos blackpepper memang terbaik. Rasa pedas-pedas original lada hitam memang aku tak pernah jumpa kat tempat lain.

Yang bermayonis tu bukan daging lembu ye, itu adalah isi ikan Maguro..sedap ok.

Okonomiyaki a.k.a pizza Jepun. Tak amik sangat sebab takut cepat kenyang. Haa ni tips bila makan di buffet ye, kurangkan makanan yang berkarbohidrat tinggi. Nanti cepat kenyang..hehe

Sikit sikit portion yang aku pun, kalau dah banyak kali ulang-alik, kenyang giler gak. Last-last, dah tak larat nak merasa dessert kat sini. Ini je..yang tu biskut dengan cheese je sebab terliur mat salleh kat ofis selalu makan benda alah ni masa lunch hour.

Geng semeja dari Indonesia, Thailand, Philipines, South Korea.. sumer kepala giler-giler, aku ingatkan geng-geng engineer Malaysia je giler-giler, diorang kat luar pun, sama gak perangai. Nak-nak yang memang base kat offshore, lagi la gillerrrr ko.

Muka penuh kenyang. Check in restaurant jam 7.15 ptg, check out jam 10.30pm..agak-agak berapa pinggan yang sempat dilantak kan? Burppp…alhamdulillah…murah rezeki sebab organizer yang bayar ni sumer..haha..

Pricing:
Buffet Lunch: $58++ (adult), $29++ (child)
Weekday Buffet Dinner: $68++ (adult), $34++ (child)
Weekend Buffet Dinner: $78++(adult), $39++ (child)

Aquamarine
Level 4 Marina Mandarin Singapore, 6 Raffles Boulevard, Marina Square (City Hall, Esplanade MRT), Singapore 039594, Tel:+65 6845 1111
Email: diningexpress.marina@meritushotels.com
Opening Hours: Buffet Lunch: 12pm-2:30pm, Buffet Dinner: 6:30pm-10:30pm (Daily)

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

7 thoughts on “Buffet makanan laut sedap di Aquamarine Marina Mandarin Hotel.

  1. Perghhh.. Bestnya tengok Udang Laut besar tu… Kalau ada peluang kena pergi sana ni… Terima kasih di atas perkongsian info… 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *