March 29, 2024

Smoke House Double Burger, Johnny Rockets Sunway Pyramid

Smoke House Double Burger..double ok double. Bukan single..

Tak pasti kenapa boleh terorder double. Mungkin Khamis minggu lepas, tu pertama kali aku & Puan Nunu ke restoran makanan segera yang baru menapak di Malaysia ni, Johnny Rockets. Lokasi di betul-betul depan main entrance Sunway Pyramid. Nak ke Johnny Rockets bukan lalu entrance Sunway Pyramid, tapi ada pintu masuk dia sendiri.

 

Johnny Rockets berkonsepkan classic All-American style. Tengok interior deco pun dah boleh fefeeling ada geng-geng koboi dok lepak kat bar, sambil makan nachos, dip lak dengan ketchup. Then, ada waitress berskirt pendek kembang datang ambil order..dihiburkan lak dengan lagu-lagu klasik amarika. haha..

 

Masuk-masuk je kat Johnny Rockets outlet Sunway Pyramid, waiter&waitress diorang dah saling sahut-menyahut mengalu-alukan kedatangan dengan suara welcome berhigh pitching diorang. boleh terkejut berok ko.. ko boleh belek-belek menu yang ada dan a few minutes selepas tu, akan ada yang datang ambil order. Since masa aku datang ni pun, customer masih tak ramai lagi, so order aku tak sampai 8 minit dah sampai. Main dish sampai sekali dengan startes..ha macam mana tu?

 

Starter yang kami order hari tu – Bacon Cheese Fries. Portion memang besar. Ni starters untuk 5 orang makan pun lepas lagi ni. First time makan fries style ni. American fries dengan smoked bacon yang dipotong kecil, dibanjiri lak dengan melted cheddar cheese..boleh bayang tak rasa dia macam mana. *lapairliur.

Sambil mengunyah starters, sambil dengan waiter&waitress Johnny Rockets ni ala-ala berflashmob. Hilang selera makan selepas selera dah pergi ke diorang sumer..haha

Dah follow http://instagram.com/jmr_bhr ?

 

Aku rasa workscope waiter&waitress kat sini agak berat, selain kena menari flashmob bagai, diorang ni kena make SMILEY face guna sos semasa hantar order customer. smile ok. Gigih diorang decorate SMILEY face tu kat piring kecik..haha

 

Menu orang diet katanya- Hotdog apa ntah..dihidang dengan onion rings & coleslaw. Aku tak rasa sebab kesian takut bini aku tak cukup makan nanti..haha..order aku yang kat bawah ni, kenyang smapai subuh ok.

 

Smoke House Double Burger with fries! Dihidang bersama dengan American fries. Patty dia bapak tebal dan juicy even aku tak cakap pun suh masak medium cook. Ada lak smoked bacon, onion rings, cheddar cheese dengan sos BBQ Smoke House..makan slow-slow hoi, kalau tak, tersedak dan cepat kenyang..hahaha..take time gak aku nak habiskan sebiji ni..

Nama je Johnny Rockets ni ikut American style, tapi all meat kat sini ada sijil halal JAKIM untuk supplier-supplier diorang. Bagus.

 

Johnny Rockets Sunway Pyramid ni memang sesuai untuk dijadikan port melepak seisi keluarga atau dengan memember. Not so crowded kot. So, kalau korang ada nak singgah ke sini, boleh roger-roger aku gak. Boleh aku join sekaki..hehe..kalau tak nak ke Sunway Pyramid, Johnny Rocket ni pun ada di The Curve, KLIA dan AvenueK KL. 

Harga? Total yang kami makan + drinks sumer ni, lebih kurang RM95. Bagi aku berbaloi, sebab kali ni aku hanya perlu bayar RM30+ je. Jimat la kan. Yup, zaman sekarang bukan macam zaman petrol RM2.10. Kena rajin sikit browse cara-cara yang boleh save bajet..macam dating kami kali ni, separuh ‘ditaja’ oleh Groupon. haha..beli voucher RM25 dengan nilai RM75. Untung RM50..leh spend time&dating berdua dengan isteri sambil makan beger kan tanpa risau kena bayar banyak! hahah burpp…

Bukan takat makan, nak melancong pun ada Cara berjimat : Discounts for 526,834 Hotels Worldwide

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

13 thoughts on “Smoke House Double Burger, Johnny Rockets Sunway Pyramid

  1. best2.. nnti leh repeat mkn cni ajk ayyan join.. leh die tolg abeskn burger dable ddy tu.. wee.. 🙂

Leave a Reply to JMR Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *