April 19, 2024

Maaf menggangu. Boleh bantu saya RM2000 hari ni?

Last 2week, aku dapat PM di facebook.

Mesej dari rakan di Facebook yang aku pun dah lupa which one dia sebenarnya. Tapi kebanyakan mutual friend adalah rakan-rakan semasa di SMS Tengku Muhammad Faris Petra dulu.

Dari apa yang diceritakannya, perniagaannya yang dikongsi bersama ‘partner’ since awal tahun ni gagal dan terpaksa berhadapan dengan ah long akibat pinjaman yang dibuat oleh partnernya. Peralatan bisnes diorang dirampas ah long dan partner larikan diri. Luckily, dia mempunyai pendapatan tetap, basic RM5500 sebulan. Ada kereta sebuah kereta Persona dan dua buah motor yang dah setel bayaran loannya. Ada seorang isteri, seorang anak. Tapi buat masa sekarang, dia hanya bawa motor, kereta lak adik dia yang drive untuk ke tempat kerja. Tanpa perkenal diri, dia minta dari aku pinjaman sejumlah RM2500 sebagai bayaran bunga dengan cagaran kereta & motor dia. Dokumen hitam putih dia siapkan katanya.

Aku tak reply. Then seminggu selepas tu, dia PM lagi sebab itu hari terakhir untuk dia bayar bunga RM2000 pada ah long. Kali ni dengan jaminan air liur, dia akan bayar balik selepas EPF withdraw dia diluluskan.

Kalau korang, akan bagi pinjam atau ignore kan aje?

Atas alasan kukuh apa, perlu untuk aku beri pinjam cash sebanyak RM2000 pada kawan Facebuk yang aku tak kenali, mana satu dia, dan just add fren untuk beberapa bulan je? Lagi pelik, mula mula cakap bunga kena bayar is RM2500, then jadi RM2000. Dan pada aku, dengan gaji RM5500 dah cukup untuk dia bayar bunga bulanan RM2000. Tunai bersih selepas bayar bunga masih ada +-RM3000. Cukup untuk hidup tanpa komitmen loan bank (kereta&motor). Let say sewa rumah RM800, masih ada baki RM2200. Nasihat aku, perlu pandai guna baki pendapatan untuk jana lebihan pendapatan.

Bukan aku tak nak tolong, tapi perangai aku, setiap pinjaman yang aku bagi dekat kawan, aku akan tuntut gila-gila. Sampai ada yang sanggup taknak kawan dengan aku dah. Dan aku dah malas nak hadap perangai sesetengah yang suka berhutang ni, tapi liat nak bayar. Ada gak Pengalaman aku merayu untuk duit sendiri, tak sanggup dah. Sudah cukup sudah..

Kalau korang, ada berani bagi pinjam sejumlah besar wang pada someone yang korang sendiri pun tak rapat?

 

Moral of the stories;

1- Jangan hutang dengan ah long.

2- Hati-hati dengan bisnes partner and

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

10 thoughts on “Maaf menggangu. Boleh bantu saya RM2000 hari ni?

  1. Biasanya kalau kawan lama tapi tak kenal, dan cuma contact kita masa susah, problem juga.

    Bukan tak mau tolong, tapi adohai, kita pun tak ingat yg mana satu.

    Kalau betul, memang la kasihan kat dia. Tapi mungkin dia kena cari famili members dulu daripada kawan yg dia sendiri tak berapa ingat.

    Moga Allah mudahkan urusan dia (kalau dia betul kena gitu lah)

  2. Huhu..kalau tak kenal, memang susah la nak tolong kan..lagi susah nak tolong kalau mereka jenis yang liat bayar hutang..haha

Leave a Reply to JMR Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *