March 28, 2024

Sate Kajang Hj. Samuri di Bandar Bukit Tinggi, Klang..

Minggu lepas berkesempatan bawa MIL&famili ke cawangan baru Sate Kajang Hj.Samuri di Bandar Bukit Tinggi. Tak susah sangat nak mencari, sebab terletak betul-betul depan AEON Bukit Tinggi Klang dan bersebelahan dengan Islamic Steakhouse.

Aku ada kisah buruk dengan Sate Kajang Hj.Samuri ni suatu ketika dahulu. Sejak daripada u, dah tawar hati nak ke mana-mana cawangan milik usahawan sate Melayu berjaya ni. Memandangkan MIL yang ajak ke sini sejak cawangan baru ini dibuka, 3,4 bulan sebelum ni, aku turutkan aje dengan niat untuk gembirakan hati famili sambil berdoa, servis & mutu sate kat sini lebih baik.

Aku order 10 cucuk sate ayam(RM0.80/pc), 10 cucuk sate daging lembu(RM0.80/pc), 3 cucuk sate kambing(RM1.40/pc) dan 3 pinggan nasi impit(RM1.50/pinggan). Kami sampai di Restoran Sate Kajang Hj.Samuri ni lebih kurang jam 8.30malam. Agak ramai orang. Order di kaunter, air ambil di kaunter dan sate akan dihantar staff diorang. Tak sampai 10 minit, semua order dah sampai. Aku suka servis macam ni.

 

Cucuk pertama, aku jamah sate kambing. First impression, daging kambing lembut dan takde bau kambing walaupun terasa segar kambingnya. Cucuk kedua, aku jamah sate ayam. Lembut dan terbaik rasa rempahnya, pekena lak dengan kuah kacang+sambal pedas. Cucuk seterusnya, aku selang-seli, sate kambing-sate ayam, then sate lembu-sate ayam-lembu-ayam-lembu sampai kenyang giler kot. Mana taknya, nasi impit yang sepatutnya boleh dikongsi dua orang, aku order sorang sepinggan.

Trip kali ni, memang aku puas hati berbanding pengalaman sebelum ni. InsyaAllah, ada rezeki dan kelapangan, akan repeat lagi datang sini..makanan sedap, servis bagus, haruslah datang lagi kan…

Burpppp…

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

10 thoughts on “Sate Kajang Hj. Samuri di Bandar Bukit Tinggi, Klang..

  1. Banyak rupanya cawangan Sate Kajang ni.
    Masa kecik dulu pernah la makan yang kat restoran original. Tapi mak kata tak sedap.

    Bila belajar kat UiTM dulu pernah juga singgah yang dekat PKNS Shah Alam tu. Tapi makan nasi goreng bukan sate hehe.

  2. Saya pun ada pengalaman tidak menyenangkan pertama kali makan Sate Hj Samuri beberapa tahun dahulu. Bagi saya rasanya kurang enak.

    Tapi, selepas tu sekali lagi cuba makan Sate Hj Samuri di Taman Warisan Pertanian, Putrajaya.

    Rasanya lebih sedap dan tidak mengecewakan. Sate perut dia terbaik.

  3. Oh…dah dekat dgn rumah MIL kak rizz tu..boleh la ajak diorang try..

    Dah lama x pekena satay hj.samuri ni..

    Tq2 for ur review

  4. setuju.. servis n sate kat cni best.. wlpun xsebest kat lrt damai.. 🙂
    boleh repeat mam cni lgi.. 🙂

  5. uish, cepat nye servis kat branch baru tu..kalau yang kat kajang tu memang jenuh la menunggu..pastu bila sampai sate macam bakar tak bakar je..

Leave a Reply to Kak Rizz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *