Bulan ni, boleh dikatakan hampir setiap minggu aku terpaksa outstation demi mencari sepinggan nasi. Nasib baik projek kali dekat jaraknya dan tempohnya sekejap je untuk satu satu fasa. Paling penting, setiap hujung minggu, masa aku free untuk famili.
Memandangkan dah lama tak berjauhan dengan si kecil aku sorang ni, agak sukar pada mulanya. Rindu tu biasa. Memang ketara, rindu seorang anak kepada ayahnya. Sebenarnya syok juga berjauhan ni, sebab bila balik rumah, memang jelas perubahan development anak. Kalau sebelum ni tak jelas sebutan ‘daddy’, bila jumpa dah jelas kedengaran dia sebut ‘daddy’. Kalau sebelum ni respon dia buat dek je bila minta kiss, bila jumpa, aku mintak kiss, terus dikissnya sampai basah batang hidung ni. Masa baring sebelum tidur, kalau buat tak layan, Dayyan akan datang sebelah minta perhatian. Dok cucuk hidung la, tarik bulu kaki la..bila hug dia, baru dia sengih..oh anak!
Tak sabar nak tunggu Dayyan membesar sikit lagi. Ada geng nak buat aktiviti lasak bersama. Kalau bagi kat mommynya, asyik asyik main teddy bear je. Bila dengan daddy, kita main aktiviti lasak sket. Lately, aku tertarik dengan toys NERF macam gambar kat atas ni. Nak ajak men paintball/lasertag kecik sangat lagi kan. Rasanya beli equipment by NERF ni pon ok, boleh main dalam bilik je kan. Bullet dia pun takde la sakit sangat..design pun cun. Dari zaman bujang lagi dok aim ni, tapi nak beli kang takut orang cakap cam budak-budak. Hari ni dah ada alasan beli untuk anak. Yey~
Eh macam daddy Dayyan lak yang excited lebih ni!.
Alhamdulillah, saya baru saja mendapatkan seorang anak lagi
aku juga rindu mendapatkan momongan.. smg keluarga kami segera di beri titipan momongan
comelnyee anak kau .. nak gemes sekali melihatnya . perdekatan antara orang tua dan anak itu memang penting .. artikel yang bermanfaat teruskan menulis artikel blog yang keren seperti ini 🙂
Dayyan yang cute. suka tengok pipi dia
Okey la tu Dayyan spend time dengan daddy sementara belum dapat adik kan… hik3x
Ni yang wat nak ada anak cepat nihh..
Dayyan.. anak ddy sgt.. mmy xajar main bear tpi die yg main sdiri la.. haha
Memang elok anak lelaki rapat dengan ayahnya.
Perkembangan minda dan jati diri anak lebih baik
bagus gak kan..harap2 minda+jatidiri dia baik&kuat as anak lelaki..:-)