February 18, 2020

14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.

14 Ramadhan 1435 bersamaan 12 Julai 2014 menjadi detik yang tidak mungkin aku lupakan hingga akhir hayat.

Masih segar di ingatan aku..

Puasa yang ke-14, di pagi yang tenang. Semasa di car wash, jam 9.40pagi, aku mendapat panggilan telefon dari no handphone umi. Sayup kedengaran suara cemas jiran aku mengatakan ayah muntah-muntah keluar darah dan minta aku pulang segera ke Besut. Aku cuba bertenang dan call wife aku untuk bersiap segera. Then, aku call Ciksu, supaya ke rumah untuk tengok keadaan ayah. Aku tahu, umi perlukan someone dalam keadaan cemas ini. KL-Besut dalam pemanduan biasa (120kmh) akan amik masa lebih kurang 6/7jam untuk sampai. Dalam hati, aku berdoa supaya ayah tak apa-apa dan tunggu aku sampai.

Lebih kurang jam 10pagi, aku mendapat panggilan sekali lagi. Panggilan yang memang aku tak bersedia untuk menerimanya tapi aku harus redha dengan ketentuan Ilahi.

” Ayah dah takde..”..innalillahiwainnailaihirajiun…

Lemah kaki aku melangkah..aku kuatkan hati. Sampai di rumah, aku bagitau mama&papa(in law) dan inform wife aku. Sambil menunggu isteri kemaskan barang apa yang patut, aku call adik-adik aku,pakcik dan makcik aku yang menginap di area KL untuk memaklumkan tentang ‘pemergian’ ayah. Walaupun tak percaya berita&berat hati ni, tapi ini adalah tanggungjawab aku kepada ayah dan keluarga.

Aku bertolak dengan kadar segera. Semasa dalam perjalanan, umi memaklumkan jenazah ayah akan dikebumikan dengan kadar segera selepas waktu Asar. Adik lelaki aku di Jepun, dengan nada sedih yang tak pernah aku dengar, ‘merayu’ supaya ditangguhkan pengkebumiaan sehingga esok hari. Flightnya dari Jepun hanya akan tiba esok pagi. Adik aku di Sarawak juga menangis-nangis minta ditangguhkan. Begitu juga dengan adik aku yang di Perak. Aku serba salah tapi kata umi, ini adalah pesan ayah sebelum dia ‘pergi’. Aku pujuk adik-adik untuk redha dengan permintaan ayah. Alhamdulillah semua redha…

Dalam masa 4jam setengah, aku tiba di pekarangan rumah. Jenazah ayah sedang dimandikan. Aku turut serta memandikan, kafankan sebelum di bawa ke masjid untuk disolatkan selepas solat Asar. Sedaya mungkin aku tahan sebak&air mata semasa menguruskan jenazah. Aku kena kuat depan umi. Aku kena redha dan terima qada&qadar daripada-Nya. Ajal dan maut di tangan Dia. Sudah sampai masa ayah untuk kembali kepada si Pencipta, walaupun dalam keadaan agak mengejut.

Walaupun sedih, tapi tetap aku bersyukur sebab sempat menguruskan jenazaha ayah hingga ke liang lahad. Pengalaman pertama aku masuk ke liang lahad, sambut ayah dan baringkan ayah mengadap ke kiblat. Sehinggalah ke saat akhir, aku menyambut genggaman tanah dari imam, diletakkan 2kali ke bahagian muka, dan segenggam di bahagian kepala ayah. Liang lahad dikambus dengan tanah dari dasar sehingga menutupi keseluruhan. Aku bersila di sebelah imam yang membacakan talqin ayah. Saat ni aku rasa ini bukan kisah aku. Ini mimpi. Semalam baru aku call ayah, elok je kami berbual.

Aku yang terakhir melangkah keluar dari pusara. Melangkah dengan ‘kaki’ yang berat…

Sampai di rumah, umi baru selesai solat. Aku tenung umi, salam dan aku lepaskan apa yang aku rasa. Aku menangis. Umi memujuk. Kata umi, ayah pergi dalam keadaan tenang. Tambahan di bulan baik ini. Ayah tak menunjukkan tanda-tanda dia nak pergi. Ayah sempat bersahur dengan umi. Sempat ke masjid, subuh berjemaah dan borak-borak dengan kawan di masjid. Allahuakbar, sekelip mata Dia jemput kembali hambanya..

…………………………………………………………………………………………………………………………………..

Kami doakan ayah tenang di sana dan ditempatkan di golongan orang yang beriman..insyaAllah pengakhiran ayah adalah pengakhiran husnul khatimah. Amin. Al-fatihah..

Ayah : 11.10.1946~12.07.2014

Ayah sentiasa ada dalam doa kami semua. InsyaAllah kita akan bertemu kembali di ‘alam sana’..*rindu.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

36 thoughts on “14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.

  1. Pingback: Selamat Tinggal Julai 2016. | |
  2. Pingback: Baby Raya |
  3. Pingback: 5 Ramadhan 1436H |
  4. Pingback: Akad nikah adik |
  5. Pingback: Jejaka sepi |
  6. innalillah hi wainna illahi rajioun…

    saya doakan semoga roh ayah tuan sentiasa tenang dan digolongkan dalam mereka yang beriman…ameenn…

  7. Pingback: Aidilfitri 2014 |
  8. kali ke 2 baca entry ni pun masih bergenang air mata di buatnya..teringat masa uruskan jenazah arwah anak kakak..berat sungguh rasanya nafas ni walaupun dah 4 tahun berlalu..semoga roh arwah diletakkan dikalangan orang2 beriman..amin

  9. Pingback: Mimik muka nakal |
  10. JMR….semoga tabah menghadapi kehilangan arwah ayah tercinta…sebak dan meleleh2 airmata SA baca entry ni…salam takziah dari SA buat JMR sekeluarga….Alfatihah

  11. Salam takziah. Sedih baca entri ni :(. Semoga tabah dan kuat semangat ye. Semoga rohnya ditempatkan bersama mereka-mereka yang beriman. Amiinnn..

  12. Salam takziah bro. kuatkan semangat. Arwah pergi pada bulan yang elok. Semoga rohnya tenang di sana. amin.

  13. Takziah…Banyakkan sedekah Al-fatehah utk arwah..Sesungguhnya arwah amat bertuah kerana terpilih olehnya utk pergi d bln puasa…Semoga arwah d tempatkan di kalangan org beriman…

  14. Takziah..kehilangan orang tersayang memang agak perit utk kita terima..lebih lagi ibu bapa kita sendiri. InsyaAllah doakan arwah bersama dgn org2 yg beriman di sana.

  15. takziah bro. bro dan adik beradik masih lagi bertuah. ada orang lain yang membesar tanpa kehadiran insan bergelar ‘ayah’

    al-fatihah

  16. Apa yang kita boleh lakukan untuk ma ayah yang dah pergi.. Selalu sedekahkan doa untuk mereka.

    Apabila mati anak adam. terputus semua kecuali 3 perkara
    1. Sedekah jariah
    2. Anak yang soleh
    3. Ilmu yang bermanfaat

  17. Innalillahiwainnailaihirajiun.. semoga arwah ayah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.. amin.. alhamdulillah hajat hubby utk myempurnakan jenazah ayah bgi pihak adik2 termakbul.. Allah izinkn kite tengok ayah.. Hope hubby akan trus kuat utk ummi n adik2..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *