March 29, 2024

Berlari dengan riang di wedding Cik Epal.

Last weekend aku dah tak macam weekend..sibuk macam hari biasa, tapi alhamdulillah, semua setel mengikut perancangan.

Selepas hampir tiga bulan masuk ofis tanpa ‘miss’, akhirnya hari Jumaat lepas aku amik gak cuti. Bukan saja-saja, tapi nak setelkan macam-macam urusan dengan bank, dengan pejabat pos etc. Lagi pun, malam Sabtu dan hari Sabtu, komitmen dalam industri fotografi perkahwinan menuntut aku berada di Endau, Johor.

Sampai rumah dari Johor pada tengah malamnya. Penat sey perjalanan yang agak jauh, hampir 5 jam ok dari Endau-Rompin-Pekan-Kuantan-LPT-KL ..cerita pasal tu next entri ye.

Hari Ahadnya, berpeluang menghadiri majlis persandingan blogger hebat, Cik Epal yang selamat diijabkabulkan dengan brada Ami Jofli. Series meriah majlis persandingan diorang yang diadakan di Dewan Ndah, Shah Alam.

Masa majlis ni gak, aku rasa dah macam event blogger-blogger je. Satu meja ke satu meja memang ada je muka blogger yang aku pernah baca/perasan blog diorang. Well, dah namanya Cik Epal ni antara blogger hebat dan mesra alam di Malaysia ni. Lupa dah bila pertama kali jumpa Cik Epal, 2,3 tahun lepas gak. Dan aku pernah gak bekerjasama dengan bro Ami Jofli untuk projek blog dan lepak di Masjid Kota Damansara sambil dengar khutbah Jumaat. hehehe..Thanx sebab jemput kitorang ke majlis perkahwinan korang!

Rasa macam nak bersanding lagi bila tengok deco dalam dewan di majlis persandingan Cik Epal ni. Serba serbi cun melecun ok. Selain section makanan dengan lauk pauk yang sedap dan dessert2 yang best, ada gak section ‘selfie’ oleh team Piccabooth. Ala macam purikura yang asal dari Japan tu. Dok depan mesin tu, sebut cheeeese, snap dan dia print out gambar kita. Best giler! Dayyan jakun je nengok menda tu. Ada copy tampal dengan guest book+tulis ucapan, dan satu copy lagi tetamu boleh bawa balik. Apsal masa kitorang kahwin dulu tak de trend ni??

 

Tahniah untuk Cik Epal dan Ami Jofli. Semoga sabar melayari bahtera yang sentiasa berhadapan denga pelbagai badai yang tidak diduga & berbahagia hingga ke akhir hayat. Anak korang mesti happy go lucky macam korang!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

15 thoughts on “Berlari dengan riang di wedding Cik Epal.

  1. Kalau cari tips kurus di google akan keluarlahlah blog cek epal di muka depan.

    Itu salah satu sebab boleh tahu yang cik epal nak kahwin.

    Alhamdulillah dah sampai jodoh.

    Kami memang suka tengok pengantin baru. Terutama yang pakai tudung dan veil pengantin. Memang sopan dan ayu.

    Suci sungguh ikatan perkahwinan ni.

    Barakallahu lakuma wa baraka alaikum wa jama a bainakuma fi khair

  2. congratz cik epal n ami.. tq sbb sudi jemput kitorang..
    pelamin, bju, deco, photobooth semua cantik2 n best.. 🙂

      1. teringat masa anak2 baby2 dulu kitorang punye la excited kira gigi dah bape yang tumbuh..siap cuci tangan bersih2 dan masukkan jari dalam mulut..hehe

  3. Ya Allah, serius tak tahu Kak Epal dah kahwin. Kalau tahu, boleh ena ke majlis dia. Apapun, selamat pengantin baru kak Epal dan suami. Semoga bahagia hingga ke syurga. Amin

  4. Tak sangka Cik Epal dah kahwin. . Semoga mereka bahagia dan ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat. ..

Leave a Reply to limie Shaklee Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *