February 25, 2020

Family gathering di Belanga Empire Subang

Mei adalah bulan yang paling meriah. Ada Hari Ibu, ada birthday Puan Nunu, ada hari Guru dan bulan Mei gak, perkembangan anak pertama kami, Dayyan Harih memasuki fasa baru. Minggu lepas ada sedikit kelapangan masa dan rezeki, berkesempatan bawa birhtday girl dan family mertua ke restoran yang terkenal dengan masakan Kelantan, Restoran Belanga di Empire Shopping Gallery Subang.

 

Kalau tak silap aku, Restoran Belanga ni pun ada di The Gardens gak. Sentiasa penuh dengan pelanggan. Mainly, menu kat sini adalah masakan popular Kelantan seperti nasi kerabu, nasi dagang, nasi tumpang, sira pisang etc.

 

See..full house di Restoran Belanga Empire Subang. Masa kitorang sampai, majoriti anak-anak bawa mak pak diorang datang makan sini, mungkin sempena Hari Ibu. Bukan sahaja Melayu, Chinese&India pun ramai gak yang datang makan sini. Selera 1 Malaysia eh kat sini. Hiasan kat dalam Restoran Belangan ni unik dengan ciri-ciri kemelayuan, ada ukiran kayu, ada hiasan songket dengan susunan yang sejuk mata memandang. Suasana memang santai, memang recommended bawa famili datang menjamu selera kat sini.

 

Antara Signature Dishes di Restoran Belangan ni – nasi kerabu, nasi dagang, nasi tumpang dan pencuci mulut yang sedap. Eh ada yang tak tahu apa itu nasi tumpang? Nasi tumpang ni cam nasi yang dibungkus dengan daun pisang secara kon, kat dalam tu ada nasi himpit, serunding ikan, kari ikan, sambal ikan bilis dan telur.

 

Since aku ni peminat tegar Nasi Kerabu, memang aku akan order nasi kerabu kalau datang ke restoran masakan kelantan. Tambahan pula, bila pertama kali baca menu di Restoran Belanga ni, Nasi Kerabu with Grilled Beed Tenderloin..hehehe..rasa cam unik dan nak cuba, walhal nama asalnya Nasi Kerabu daging bakar je..hehehe..tapi series, daging bakar ni lembut giler. Dengan campuran ulam&sambal kerabunya memang menepati citarasa aku yang berasal dari Pantai Timur.

 

Nasi Kerabu ayam percik pilihan birthday girl. Aku jamah sedikit kuah perciknya tu. Marveles. Dah macam makan kat Kelantan rasanya. Aku rasa ni resipi asli turun temurun kot. Dayyan Harith bukan main suka dengan keropok keping ikan tu.

 

Nasi goreng Selasih pesanan Tok Papa & Mama Wan Dayyan. Aku pun jamah gak sikit. Memang terasa daun selasih. Sedap. At first, aku ingatkan diorang guna biji selasih macam kat dalam air sirap tu..hehehe..portion pon banyak dengan saiz ayam goreng deep fried yang memang berbaloi. Dah namanya restoran masakan Kelantan, setiap hidangan akan ada keropok keping tu la kan.

 

Untuk pencuci mulut, kitorang order Sira Pisang dengan aiskrim dan Sago Gula Melaka. Sira pisang ni, kalau balik kampung, Umi memang selalu buat, nak-nak masa bulan puasa. Suka lak cara diorang innovate dengan letak aiskrim vanilla tu. Sesuai dan sedap. Tapi masa kitorang makan, pisangnya agak keras, kalau lagi lembut, mesti lagi nyaman..hehe

Ni feveret Puan Nunu- Sago Gula Melaka. Agak manis tapi sekali-sekala, its ok la kan..hehehe

 

Dayyan Harith memang manja dengan Tok Papa dan Mama Wan dia ni. Manja sket-sket boleh ye, dengan ddy&mmy kena berdikari. Abang Long takleh manja sangat okkey!

 

Famili kecil kami. Dayyan Harith dah macam besar sangat kan. Janganlah besar cepat sangat ye. InsyaAllah akan bertambah dari semasa ke semasa..kihkih..

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

10 thoughts on “Family gathering di Belanga Empire Subang

    1. lambh shank tu ada gk nampak..eh set nasi tu yg mana satu? ak perasan ada n.kerabu, ns goreng, ns dgg je..taktao klo time lain ada nasi berlauk

  1. Saya suka Belanga sebab bila makan kt ctu, ia mengimbau kenangan lama kt rumah atok saya dulu.Fave saya nasi kerabu di Belanga.mmg terbaaaekkkk….:-)

  2. Happy birthday kak NUNU yang comel. Hehehehe..

    Haishhhh geram sungguh tengok gambar gambar makanan tu. haishhhhh. Terus jadi lapar. Nanti boleh ajak family ena datang ke sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *