March 29, 2024

Orientasi Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Bukan senang nak jadi cikgu. Selamat bertugas Ina!

Alhamdulillah, pagi tadi berkesempatan menghantar adik perempuan aku untuk orientasi penempatan pegawai perkhidmatan pendidikan a.k.a Cikgu di Hotel Aston, Nilai. Beliau akan terbang ke bumi Kenyalang pagi esok untuk mulakan tugas baru sebagai GURU.

 

Pendaftaran bermula pada jam 9 pagi. Masing-masing penuh bersemangat untuk menabur bakti kepada anak bangsa walaupun dihantar ke pelusuk Malaysia. Oh ye, peserta kat sini semuanya akan dihantar ke Sarawak untuk memulakan perkhidmatan selepas tamat kursus perguruan.  Selamat berjuang semua wahai guru-guru Malaysia!

 

Bakal-bakal guru yang ditempatkan di hotel ini sahaja melebihi 300 orang. Mereka semua ini bersedia untuk berkhidmat ke serata sekolah di Sarawak, baik bandar, luar bandar mahupun pedalaman.

 

Orientasi ini sebagai info untuk persediaan sebelum ‘report duty’ ke sekolah-sekolah yang dah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Walaupun ke mana dihantar, mereka pasrah dan redha, termasuklah adik perempuan aku yang akan bertugas di sekolah kawasan pedalaman, kategori P2 di Lubuk Antu. Takpe-takpe, elaun banyak kan- nak sedapkan hati. 🙂

 

Sebagai abang, risau gak bila dengar si Ina ni dihantar ke kawasan pedalaman di Sarawak. Dahla perempuan, ikutkan si Ina ni ada asma yang terkawal. Nasib baik masih single, kalau tak, pasti haru biru lakinya..haha..Kalau ikutkan google dan info daripada kenalan, kena naik ‘ekspres’ a.k.a bot untuk ke sekolahnya. Lagila kan. Tapi aku nampak semangat membaranya untuk jadi seorang pendidik. Semoga menjadi seorang guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Paling sedih, of kos umi. Sebelum ni, si Ina ni yang paling rapat dan jaga ayah umi sebab maktab pengajiannya hanya berjarak sejam daripada rumah umi ayah. Selalulah dia balik ke kampung. Sempat lagi dia berpesan suh aku rajin-rajin balik ke kampung. Deep betul pesanan dia..will do, insyaAllah.

 

Apa-apa pun, pesanan Dayyan Harith gak yang paling best!

Best of luck Ina!

 

 

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

9 thoughts on “Orientasi Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Bukan senang nak jadi cikgu. Selamat bertugas Ina!

  1. Salam Brother,

    Isteri saya ditempatkan di sabah.
    Hotel yg disediakan oleh JPM, bolehkah suami menginap sama di sana semasa orientasi?

  2. Waaa… lubuk antu lagi jauh tp btul laa… elaun byk wooo… dah la duit berkepeuk tak tahu nak buat belanje ape… blk nnti kaya wooo… hahaha…

  3. posting baru..memang ramai yang akan ke sabah dan sarawak. apapun..selamat bertugas ye cik ina. hoho..

Leave a Reply to Hafizul Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *