March 28, 2024

MIPF Malaysia International Parenthood Fair 2-4 April 2014

Short outing kelmarin ni. Since ada terbaca iklan Ekspo Bayi Antarabangsa Malaysia a.k.a MIPF Malaysia International Parenthood Fair, so memang plan nak ke IPC, bersebelahan dengan IKEA. 

 

Setiap kali ada ekspo baby di IPC, wife akan ajak ke sana. Bukan nak shopping apa sangat pun, just akan beli puting botol AVENT untuk si kecik Dayyan Harith tu je. Biasanya akan ada diskaun up to 20%. Berbaloi la berbanding beli kat AEON atau mall lain. Lagi pun, jarak rumah ke IPC ni sangat dekat. 

 

Sempat gak pusing-pusing area ekspo baby ni. Saje nak cukupkan 10,000 langkah selepas pekena meatball IKEA, sebelum ke ekspo baby ni. Boleh lak terserempak dengan Irene Nadia&famili yang sedang bermeatball gak. Rezeki wife nak jumpa bakal menantu, Fiska Medina..hahaha..

Ekspo baby kali ni boleh tahan banyak gak booth dia. Wife sempat gak sambar stokin untuk Dayyan. RM3 sepasang..hahaha..lain-lain ada jual aksesori baby cam tilam, toys, playmat, playgym, rompers etc. Untuk anak Selangor yang belum berusia setahun, boleh register TAWAS. Nantik dapat RM1500 selepas anak berusia 18tahun..hehehe..

Ekspo baby ni berlangsung sehingga Ahad ni, 6 April 2014. Sempat lagi ni nak pergi cuci mata dan survey apa yang patut. Tang mana ‘International’ pada fair/expo ni, aku pun kurang pasti….

:-0

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

2 thoughts on “MIPF Malaysia International Parenthood Fair 2-4 April 2014

Leave a Reply to Ammar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *