September 20, 2020

Dayyah Harith is 11 months.

23 Mac 2014.

Pejam celik pejam celik, dah 11 bulan rupanya. Lagi sebulan, genap setahun usia si kacak comel, Dayyan Harith bin Mohd Jamaruddin. 

Cepat betul masa berlalu. Semalam sempat mencuri masa baring-baring dengan wife & Dayyan Harith sambil tengok video-video sejam pertama selepas kelahirannya. Rasa macam kelmarin je baru berlalu. Dayyan tengok video tu pun dia gelak-gelak, mungkin dia ingat baby mana la yang menangis-nangis, dah la botak. Gelak kat diri sendiri ye..

 

Perkembangan bulan ni berbanding bulan lepas memang banyak. Tapi berat terkini tak pasti lagi sebab tak timbang kan. Yang pasti, kalau nak kena dukung dia dalam tempoh sejam, memang boleh patah pinggang ni. Membesar dengan penuh jaya. Mana taknya, setiap kali tengok orang makan, dia pon nak makan. Susu tetap minum tanpa kurang. Tidur biasala. Kalau penat sangat, boleh tidur dari jam 9malam sampai ke Subuh esoknya. 

Dari segi fizikal memang pesat membangun. Ketinggian bertambah. Dah boleh capai wallet yang aku letak kat atas rak biasa. Bila dah capai, mula la selongkar kan. Gigi pun dah start tumbuh since pertengahan Mac. Mula-mula sebatang yang depan, then tumbuh lak sebatang lagi. Harapnya cantik la gigi si Dayyan ni nanti..takyah pakai braces bila dah besar nanti..hehehe..

Yeah..Dayyan dah pandai tepuk tangan. Bila bosan-bosan, dia start tepuk tangan sambil membebel dalam bahasanya tersendiri. Dan bila bangun pagi, ditepuk-tepuknya muka aku tanda kejut nak ajak main. Kadang-kadang tertampar muka aku, nasib baik aku tak tertampar balik..hahaha..

Panjat katil yang tak berapa tinggi memang laju je skang ni. Turun katil takyah cakap. Elok je mengundur turun katil. Tapi ada sekali sekala gak yang di terjun katil. Mengigau kot. Nasib baik aku dah stand by tilam kat bawah.

Alhamdulillah, banyak perkembangan positif yang menunjukkan sel-sel otak Dayyan mula berhubung satu sama lain. Mak pak mana yang tak rasa seronok kan bila tengk perkembangan anak depan mata sendiri. Tapi nak masuk usia 11bulan ni, ada satu je yang aku dan isteri perlu tangani dengan bijak..

Dayyan dah mula menunjukkan minat dengan kepelbagaian watak permainan. Bila dia suka yang tu, memang agak susah nak menidakkan. Bila diambil toys tu, mula menangis. Agak kurang baik kalau setiap masa nak toys baru kan.

Btw, kitorang excited giler bila genap usia Dayyan 11 bulan(23.3.2014), dia berjaya berdiri dan seimbangkan diri dengan jayanya tanpa bergantung kat apa-apa meja/kerusi. Tapi kejap je la..lepas tu malas dah..hahaha..tak kisahlah anak, sampai masa, berdiri, berjalan dan berlarilah sepuas-puasnya ye…

 

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

8 thoughts on “Dayyah Harith is 11 months.

  1. Pingback: Danish Hayyan, 11 bulan dah dapat ‘kaki’. | |
  2. Pingback: Fisher Price Stride to Ride Lion, hadiah untuk anak lelaki hensem! |

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *