April 20, 2024

Solat istisqa, solat minta hujan

Bulan lepas sejuk menggigil, ramai yang komplen tak tahan sejuk nak mandi pagi la.

Bulan ni panas membahang, pon ramai yang komplen tak tahan dengan cuaca panas skang ni. 

Panas dah kering..nasib baik Dia Maha Penyayang. Macam mana kalau Dia suh dok planet lain, cam Menteri kita bagi cadangan bila tak suka dengan keadaan di negara kita sendiri?

Nak minta hujan tak perlu isi borang permohonan cam BR1M, cara terbaik ialah dengan solat minta hujan, Solat Istisqa.

Tapi, sebelum solat istisqa dilakukan sebaik-baiknya ‘pemimpin’ negeri yang ditimpa keadaan kemarau/panas yang berpanjangan ni supaya memerintahkan kepada rakyatnya berpuasa selama tiga hari, bersedekah, bertaubat dan mengembalikan hak orang lain yang dizalimi.

Audit diri dan muhasabah diri. Kita ikut cara yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

solat-istisqa

Solat sunat Istisqa dikerjakan sebanyak dua rakaat dengan tatacara yang hampir menyerupai solat sunat hari raya. Sejurus mengerjakan solat, diadakan khutbah dan duduk sebentar di antara dua khutbahnya Hendaklah perbanyakkan beristighfar memohon keampunan daripada Allah SWT.

” Ya Allah berilah kami anugerah dengan mengampuni dosa yang pernah kami lakukan dan mengkabulkan doa kami untuk menurunkan hujan kepada kami serta melapangkan rezeki kami. Dan dengan rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Penyayang di antara para penyayang.”

** Antara isi khutbah solat Jumaat hari ni, antara sebab diturunkan bala kemarau/panas berpanjangan ialah ada antara di kalangan penduduk tidak mengeluarkan ZAKAT …

 

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

2 thoughts on “Solat istisqa, solat minta hujan

  1. Pingback: Doa Sholat Minta Hujan – Doa Muslim

Leave a Reply to Doa Sholat Minta Hujan – Doa Muslim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *