March 29, 2024

Fasa ‘membebel’ sepanjang masa

Sejak usia 9 bulan ni, bangun je dari tidur, Dayyan akan terus merangkak, memanjat, campak barang ke belakang, kutip benda-benda rare atas lantai then masuk mulut dan membebel. 

Setiap kali bangun tidur, aku perasan, si Dayyan ni akan terus duduk dan merangkak ke arah aku. Tepuk-tepuk muka aku. Kalau aku buat-buat tak layan, dia akan membebel, panggil-panggil aku dengan bahasa sanskritnya which is sangat annoying kalo korang dengar.haha. dia hanya akan berhenti, bila aku sahut atau gosok-gosok kepala dia. Mungkin kejut suruh bangun Subuh..

Cara Dayyan merangkak memang cool. Aku panggil dia style bulldozer. Ko kasi halangan apa benda pun, dia akan cuba panjat. Kalau aku block dengan badan aku, lagi best dia bulldoze. Silap hari bulan, dia tarik bulu ketiak. Style memanjat sofa,katil pun dah makin konfiden. Cara turun pun dah makin kena gayanya, turunkan kaki luh berbanding sebelum ni, turun kepala dulu..

Since aku ada terbaca artikel pasal kelebihan baby yang melalui fasa merangkak lebih lama akan menjana perkembangan otot dan mencerdaskan lagi perkembangan minda , so aku tak kisah sangat kalau Dayyan ni lambat berjalan. Even famili lain selalu bagitau Dayyan, daddynya masa kecik se usia 9 bulan dah boleh berlari, dia rilex je sambil terus merangkak sambil mulut terus membebel dan buat dek jek.*fliphair.

Yang paling menghiburkan hati kami sefamili skang, bila Dayyan ni sedang membebel. Mengalahkan makcik-makcik yang bermesyuarat di bawah pokok mangga. Tapi sepatah haram memang aku tak faham. Angguk je dan layan je dia bercakap. Kadang-kadang macam dia sebut ‘Ya Allah..’ , ‘aisshh..’ , ‘apa ni apa ni’ etc. Lagi bersemangat dia membebel sampai menyembur air liur.

Minggu depan, anak daddy ni akan berusia 10 bulan. Tak sabar nak tunggu perkembangan dia seterusnya. Tak boleh nak bayangkan kalau dia ‘dapat kaki’ dan mulut makin petah berkata-kata. Makin Havoc dan gamat kot rumah ni.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

3 thoughts on “Fasa ‘membebel’ sepanjang masa

  1. caya la Dayyan….menyembur dan membebel air liur jejeh2 x? if yes…abih la rambut Pn Nunu ye gugur…hehehehe….if dapat kaki bersedialah bila dia akan always nak berjalan..if dh berlari esok2…lagi la kurus daddy eh…kena kejar dia plak…

Leave a Reply to Denaihati Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *