March 29, 2024

Kegembiraan anak, kebahagiaan kami.

Assalamualaikum wbt & Salam pagi Isnin.

Jangan nak blues sangat, kan esok cuti sempena Maulidur Rasul.

Short update.. sekeping gambar daripada waterproof&shockproof Digital Camera Olympus milik Puan Nunu, hadiah sempena hari jadinya 2 tahun lepas. Diambil semasa percutian pendek kami di Port Dickson, semalam.

 

Bukan nak cakap kualiti gambar ni best. Bukan nak cakap kolam ni best. Bukan nak cakap resort ni best. Bukan nak cakap Port Dickson ni best. Tapi aku nak cakap momen gambar ni sangaat BEST.

Sebab kami tahu, dari Isnin ke Jumaat, baby Dayyan Harith rindukan kami. Kami keluar rumah sebelum terbit mentari, dan kembali di rumah selepas tenggelamnya mentari. Kalau outstation, daddynya memang tak balik, so tidurlah dia ngan mummy. Ada certain time, Dayyan kejut daddy jam 4 pagi. Ajak main, nak didukung.

Hanya Sabtu&Ahad, tempat kami spend sepenuh masa dengan dia. Memang ketara nampak wajah happy bila makpaknya 24hrs dok melayan kerenahnya. Even 8bulan, he’s so smart..

Setiap anak, ada rezeki masing-masing. Percayalah. Tak salah untuk spend some money to make them happy. Asalkan jangan membazir..:-)

#AyyanTravel

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

2 thoughts on “Kegembiraan anak, kebahagiaan kami.

Leave a Reply to Ainaa Roseberry Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *