April 19, 2024

Ikan Bakar Petai Kak Long, Tanjung Lumpur

Assalamualaikum & Salam Jumaat..

Majoriti pernah makan ikan bakar kan? Tapi tak ramai yang pernah makan ikan bakar petai kan? Macam mana rupa ikan bakar tu ek?

Aku pun first time cuba menu ikan bakar petai di Kak Long Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur, Kuantan semasa overnight di Kuantan 2minggu yang lepas. Untuk tengah hari dah kenyang dengan nasi kenduri di majlis perkahwinan sepupu aku dan pada sebelah malamnya, kami ke Tanjung Lumpur makan malam. Pada awalnya, plan nak ke Ana Ikan Bakar Petai yang femes di sana, tapi memandangkan malam hujung minggu, dan customer mereka yang bapak punya ramai,  aku tukar plan ke kedai Kak Long Ikan Bakar Petai ni. Perut ngah lapar selepas Sepetang di Teluk Cempedak, kang tak pasal-pasal aku membebel sebab kena tunggu lama untuk dapat order..

Area Tanjung Lumpur, Kuantan ni memang terkenal dengan ikan bakarnya. Banyak kedai makan ikan bakar yang korang boleh pilih. Since aku bawa baby Dayyan, aku memang cari kedai yang senang parking, boleh park stroller, tak terlalu ramai dan kedai tak terlalu panas a.k.a good ventilation. Kalau tak, kesian kat baby gua, berpeluh-peluh nanti..So, here we are – Kak Long Ikan Bakar Petai.. sampai-sampai terus pilih ikan. Ada siakap, kerapu, jenahak, ketam, sotong, lala etc. Akak yang jaga ni pun friendly je, tak sure dia tu Kak Long ke Kak Ngah. Bila aku tanya ikan apa yang sedap untuk dimasak bakar petai, dia cadangkan ikan jenahak. Then, aku add on sotong goreng tepung, telur dadar & kangkung belacan.

Sotong besar besar dan segar. Aku amik sekor yang besar, cukuplah untuk tiga orang makan. Aku, Puan Nunu & Dayyan..hehehe

Sotong goreng tepung yang first sampai. Panas-panas lagi. Aku suka giler ngan rasa tepung dan isi sotong tu. Nasib baik tak terlalu liat, kalo tak spoil mood.

Kangkung belacan dan telur dadar. *lapairliur lak nengok ni..aiesh..

Yeah, tak sampai setengah jam menunggu, sampai gak ikan bakar petai kami. First time makan. Tengok petai yang dipotong kecik-kecik dan dibakar sekali dengan ikan. Ikan memang segar, dan rasa rempah ikan bakar dia memang aku puji. Since Puan Nunu tak makan petai, memang aku sorang yang kutip makan. Dimakan panas-panas dengan nasi putih, memang berselera betul.  Puas hati. Dengan total tak sampai RM60 yang perlu aku bayar untuk semua ni, aku rasa memang berbaloi.

Lepas ni, kalau datang lagi, jom nak try menu ketam lak. Tengok meja sebelah makan ketam malam tu, macam sedap je..

Cara nak ke sini? Senang je, ko wazekan aje Tanjung Lumpur Kuantan, then ko survey-survey la kedai Kak Long mana satu yang ko nak masuk.

Eh agak-agak, kedai Abang Long ada ke tak??

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

One thought on “Ikan Bakar Petai Kak Long, Tanjung Lumpur

Leave a Reply to hazman aka species1980 Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *