February 20, 2020

Dayyan Harith is 9 months.

Alhamdulillah, anak jantan gua dah masuk 9 bulan hari ni, 23 Januari 2014. Kejap lak rasa. Masih teringat lagi kenangan tengok dia keluar dari alam rahim. Salah satu nikmat hebat kurniaan Ilahi kan, tak semua orang berpeluang menikmati saat itu. Anak adalah satu anugerah dan amanah, bukan senang nak menjaga mereka, dan tidak mustahil untuk kita menjaga anak-anak ni dengan berjaya. Berjaya dengan maksud mendidik mereka ke jalan yang diredhai oleh-Nya..

 

Di usia 9 bulan ni, macam-macam perubahan dan pencapaian yang dah baby Dayyan Harith lalui.

So far Dayyan Harith normal seperti baby lain, dari mengesot ke merangkak. Terkini, sibuk nak memanjat mana-mana tempat tinggi. Dah berjaya panjat sofa, nak panjat lagi bahagian kepala sofa. Panjat atas badan aku memang dah hari-hari. Speed merangkak memang laju. Buka je mata pagi-pagi, terus nak merangkak ke port-port yang memang dia aim. Kadang-kadang tak buka mata lagi, dah terus merangkak. Kalau bukan mommy dia yang mengejar pagi-pagi, memang aku lak terpaksa kejar walaupun sedang tidur. Seronok gak pagi-pagi lagi dah exercise.

Gigi. Sebatang pun belum tumbuh gigi. Nampak gaya macam dah gatal-gatak gusi. Dah pandai nak gosok gigi guna teether. Takpe, orang cakap makin lambat tumbuh gigi, makin tahan lama giginya. Tapi bila aku suap makan, then terkacip tangan aku, memang sakit. Gusi dah keras kot.

Makan. Haa yang ni memang hebat. Setiap kali tengok kami di meja makan, memang laju je merangkak ke meja makan. Mulut bising nak minta disuap. Lambat suap, menangis. Rasanya jadual makan apa yang patut Dayyan makan seiring dengan usianya, memang tak tahu ke mana. Aku makan tosai, dia nak tosai. Aku makan ikan bakar, dia nak ikan bakar. Makan pizza, dia nak pizza gak..haa bila disuap, memang ditelan. Hebat hebat. Tapi susu Anmum tetap takleh nak kurangkan dosnya. Ingatkan bila dah hebat makan, dapat kurangkan susu..aisshh…

Bulan ke 8 ni, alhamdulillah Dayyan sihat je. Tak demam, tak meragam sangat. Cuma kadang-kadang datang sembelit dia, memang susah nak buang air besar. Sebab utama, dia kurang minum air masak. Kesian lak tengok, bila meneran, merah-merah muka. First poo-poo keluar, keras dan hitam. Tapi bila dah clear, memang banyak dan cantik je keluar. Menusuk ke hidung baunya kalau kena turn aku membasuh beraknya malam-malam..hahaha..

Hmm..apa lagi perkembangan dia ek. Macam-macam r..ada adik? Oh so far belum rezeki dia nak dapat adik lagi..kahkah..

Ada anak kecil ni memang seronok. Seronok tengok keletah dan kerenah mereka. Tak tidur, mesti main je manjang, ke sana ke mari. Aktif main, aktif makan. Terima kasih Allah untuk nikmat ini. Semoga Dayyan Harith terus membesar di bawah redha Ilahi. Semoga menjadi anak yang soleh yang berbakti kepada mmy&dedi dan juga umat Islam lain..amin

-Daddy 23Jan2014

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

5 thoughts on “Dayyan Harith is 9 months.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *