September 20, 2020

Asam pedas Kasih Ibu memang sedap!

Pertama kali datang ke Restoran Asam Pedas Kasih Ibu, memang kena dengan selera. Kali ini, selepas semalaman di Best Western Prima Inland Sea Resort, singgah lagi sekali waktu lunch hour untuk pekena asam pedas terbaik di Port Dickson ni.

 

Restoran asam pedas sedap ni terletak berhadapan dengan jalan masuk ke Teluk Kemang. Tepi jalan besar tu je. 

Kali ni, aku order asam pedas ikan tenggiri dan asam pedas pari untuk Puan Nunu. Rasa tetap sama seperti sebelum ni. Ikan tenggiri fresh, dan rasa asam pedas yang memang pedas tu, buatkan aku berpeluh kaw-kaw even masa tu dah pukul 3 petang dengan cuaca yang agak mendung. Lupa nak tambah kicap manis, kalau tak mesti lagi sedap ni. 

Asam pedas pari. Kuah asam pedas tu sama je dengan ikan tenggiri, cuma isi ikan je lain. Lembut je isi pari ni, saiz pun boleh tahan besar untuk seorang makan. Selain daripada pari&tenggiri, ada gak asam pedas ikan jenahak, asam pedas cencaru, asam pedas ikan kembung, dan asam pedas daging tetel.

 

Seperti sebelum ni gak, telur masin dan ulam-ulaman adalah complimentary menu untuk set asam pedas ni. Untuk kali ni,kitorang tak amik lauk tambahan lain. Asam pedas, nasi putih, telur masin dan ulaman semata-mata. Total untuk semua ni RM19. Ok la kan selepas 2 tahun, harganya tak berbeza sangat. Mungkin kos barang mentah kat sini lebih rendah berbanding di KL atau bandar-bandar besar lain. 

 

Untuk pengunjung yang tak mengidam asam pedas atau inginkan lauk-pauk lain, macam-macam lauk lain disediakan gak. Ada kari daging, ada ayam goreng, tempe goreng, ikan goreng dan macam-macam lagi. Pilih je ikut selera tekak masing-masing..hehehe.. 

 

Baby Dayyan Harith ditegur oleh member fesbuk. Tapi dia wat dek je, mood ngah kelaparan tu walaupun brada tu cam hepi giler dapat jumpa Dayyan..hahaha..

Oh ye, belum sampai masa lagi nak bagi Dayyan rasa asam pedas kasih ibu nih..makan puree pisang je dulu ye..hehehe..

Burpp alhamdulillah..

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

11 thoughts on “Asam pedas Kasih Ibu memang sedap!

  1. Terima kasih pada semua yg dtg. Kami tidak lari membuat silap . Jika ada kekurangan kami minta maaf ye abg2 akk2 .. kami cuba membuat yg terbaik pada pelanggan2 kami .. panjang umur murah rezeki dtg lah lagi bos2 semua .. boleh contact 0196014154 tempahan . Catering dan lain2..

  2. SA terlambat tau la JMR bercuti kat PD, kalau x boleh ajak JMR satu family datang rumah SA jamu ngan makanan orang nogori….next time kalau nak bercuti kat PD lagi inform me awal2…( actually nak jumpa si Dayyan tu)

  3. Restoran kasih ibu ni mak tak pernah try lg tp asam pedas yg sebelah dia, mak dah pernah try. Boley laaa rasanya.

    Nnt2 mak nk try kat kasih ibu ni lak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *