February 20, 2020

Aktiviti syok di Pantai Teluk Kemang

“Kalu sek2 Besuk, kecek jah pasal pata ko, ombok ke, dok heran doh. Beso doh kelih. beso doh mandi pata ni. Bilo mari di Key El ni, dok lamo-lamo sini, kade2 tringat gok ko pata. Nok kelik mandi pata, jauh lok..8 jey baru sapa di Pantai Air Tawar atau Pantai Bukit Keluang.”

 

Ada yang faham intro entri kat atas tu? Dialek Kelate. Even Besut ni di Terengganu, tapi dialeknya lebih ke arah loghat Kelantan sebab terletak di sepadan Kelantan-Terengganu. Opss..entri ni bukan nak citer pasal tu, tapi nak sambung lagi cerita pasal short vacay kami sefamili di Port Dickson. Bila datang Port Dickson, wajib singgah di Pantai Teluk Kemang. Kalau cuaca cantik, memang meriah aktiviti kat pantai ni, nak-nak minggu cuti sekolah. Macam pesta. So far, tak pernah lagi aku join aktiviti kat tepi pantai ni. Sekadar cuci mata dan candid shoot momen-momen yang menarik je. Ada dua tiga aktiviti yang menarik perhatian aku.

Banana Boat- bot panjang berbentuk pisang. Boleh memuatkan 10 penumpang satu-satu masa. Ni kalau datang ramai-ramai, memang syok buat aktiviti ni kan. 

 

Aku tak pasti apa ke nama aktiviti tu. Yang speed boat/jet ski dok tarik boat/pelampung tanpa enjin lain. At the end, driver boat tu akan buat cornering kasi terbalik pelampung yang ditunda tu. Syiokk..

 

Dari dulu sampai sekarang ni, teringin nak ride sendiri jet ski ni especeli model jet ski yang kat atas ni. Saiz XL kot. Memang nampak power dari model-model lain. Brapa sebijik ni eh?

 

Berbanding dengan pantai-pantai lain di pantai timur Malaysia, mandi manda di Telur Kemang ni memang tak syiok. Sebab takde ombak sangat. Tapi ok la kan untuk sesapa yang memang ngidam nak mandi pantai. Leh gak rasa masin-masin air laut..hehehe..

 

 

Kat sini, ada gak servis sewa pelampung. Bukan pelampung yang macam kat waterpark tu. Rasanya ni recylcle dari tayar lori. hehe

 

 

Sapa cakap budak-budak je suka korek-korek bina istana pasir kat tepi pantai? Abang budak pon suka gak. Tertarik aku dengan satu geng remaja ni. Bukan main gelak sakan lagi diorang dok mengorek. Release tensen kata mereka..hehe..

 

Rasanya kalau minggu cuti sekolah, mesti lagi penuh area pantai Teluk Kemang ni kan. Dok saje-saje melepak kat tepi pantai sampai melihat gelagat orang ramai pon best gak. At least, lagi berfaedah daripada dok merempit atau dok buat aktiviti-aktiviti melaghakan yang lain kan.

 

Sorry baby Dayyan. Kali ni tak berani nak lepaskan untuk join aktiviti kat tepi pantai ni. Sebab aku rasa, budak kecik ni masih konpiu, pasir dan nasi boleh makan, atau nasi je boleh makan walaupun pasir ni pon nampak sedap..hahaha..next time ye, tunggu besar sikit lagi..

**Oh ye, aku memang tak tanya harga untuk aktiviti-aktivit yang aku sebut tu. Tapi affordable kot untuk korang semua ni. Kalau nak jimat, mandi laut je, takpon main korek pasir..ni sumer aku kompom, FREE!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

10 thoughts on “Aktiviti syok di Pantai Teluk Kemang

  1. Alololo cian dayyan x pat nak mandi ayaq laut…. ena ni pergi pantai bukan nak mandi, seronok bergambar je.. dulu masa kecil2 ye, excited nak mampuih kalau jumpa ayaq laut or sungai… XD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *