March 29, 2024

Tempat jatuh lagi dikenang

16 November 2013 : Pullman Hotel, Bangsar

Tempat jatuh lagi dikenang, inikan tempat menuntut ilmu selama 5 tahun. Dari tahun 1996, membawak ke tahun 2000, di SMS Tg.Muhammad Faris Petra la tempat aku ‘membesar’..jatuh bangun, pahit manis, tergolek tersungkur, selama 5 tahun memang sukar dan takkan dilupakan..

 

Selepas hampir 13 tahun ‘graduate’ dari SMSTMFP, malam ni aku berpeluang berjumpa dengan bekas guru-guru dan senior-senior yang pernah bertepuk-tampar suatu ketika dahulu. Alhamdulillah, ada yang masih cam aku lagi..hikhik..

Antara wakil batch aku yang berpeluang hadir, batch SPM2000.

Ada antara kami yang tidak pernah berjumpa selepas grad sekolah menengah. Masing-masing membawa haluan sendiri- ada ke US, ada ke UK, ada ke Japan demi mengejar cita-cita. Dan pada usia hari ini, kami berjumpa dengan membawa cerita tersendiri. Ada yang mempunyai empayar perniagaan, ada yang sedang menuju kejayaan hidup. Tahniah.

Jutaan tahniah untuk Alumni Faris Petra atas penganjuran Majlis Santapan Malam yang melibatkan lebih kurang 900 orang bekas pelajar SMSTMFP. Bukan sedikit dan bukan senang kan walaupun in between, banyak cabaran terutamanya dengan isu ada yang menyokong dan ada yang tidak menyokong. Apa-apa, its DONE & Congrats!

Note: Terharu bila ada cikgu-cikgu yang masih ingat lagi ‘cerita-cerita’ nakal aku semasa di sekolah ni.hahaha..

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

5 thoughts on “Tempat jatuh lagi dikenang

Leave a Reply to JMR Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *