March 29, 2024

Menang Magic Mug Papadom2

Dah tengok filem Papadom 2? Kalau belum, sila ke panggung sekarang, support la filem tempatan kita hoi. Sekian, iklan khidmat masyarakat daripada gua, JMR.

Seperti tajuk entri ni, ye aku dapat free sebiji Heat Magic Mug. Aku pun tak pasti pe ke nama penuh mug ni, tapi yang aku nampak, bila keadaan biasa, hitam kosong je kaler mug tu, tapi bila aku letak neskepi tarik panas, dia bertukar ke background poster Papadom 2. Tak pasti lak kalau letak teh tarik atau cappucino, mug tu bertukar cam rupa lak ye..hehehe

Al-kisah, aku dapat mug ni masa sesi soal jawab di Meet and Greet dengan pelakon utama Papadom 2, Afdlin Shauki & Liyana Jasmay di Kenny Rogers Roasters Berjaya Times Square KL, Khamis lepas. Soalan senang, “apakah menu utama Kenny ROgers”..aku jawab “ayam..” diorang tak puas hati. Aku blurr..nasib baik ada suara-suara halus tolong bagi hint, “..ppannggang…ssshh” ..aku dengan konfiden jawab balik, “Ayam panggang !!!” papp terus Liyana Jasmay kenyit mata, then bagi Heat Magic Mug tu..*opsterlebihsudah..

Yeah, sesi bergambar bersama team blogger, dari kini: Founder of yanayassin.com, hazmanfadzil.com, sohoque.com, jmr23.com, Afdlin Shauki, Liyana Jasmay, teddypinkygurl.blogspot.com, ruby.my, ciklilyputih.com . Suka lak ngan pant pelikat si Afdlin tu. Sempoi je.

Terima kasih kepada pihak Kenny Rogers Roaster Malaysia sebab jemput kami ke sesi Meet and Greet ni dan belanja Special Screening filem Papadom 2. We had fun & really enjoy ngan filem Papadom 2 ni. Pelbagai emosi dalam satu cerita, korang patut tengok hoi!:-)

 

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

7 thoughts on “Menang Magic Mug Papadom2

Leave a Reply to JMR Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *