March 29, 2024

Lelaki dan Merah Jambu tetap serasi.

Orang selalu cakap, warna merah jambu a.k.a pink hanya untuk pemakaian pada perempuan/wanita. Dan apabila seorang lelaki berpakaian dengan major kalernya adalah merah jambu akan dipandang pelik atau serong. Itu dulu la makcik!

Sekarang zaman minyak naik, bil api naik, gula naik, dah tak peduli kaler apa nak pakai. Takde diskriminasi kaler terhadapa jantina.

Ada gak tok bilal pakai baju melayu kaler pink masa hari raya puasa kat kampung aku haritu, ok je..stret je..

Ada pengetua sekolah yang bersongkok tinggi, pakai baju batik kaler pink masa tiap-tiap hari Khamis, normal je, takde lak kenyit mata kat Abang Mat tokey kantin sekolah..

Aku rasa, bila lelaki dan baju merah jambu dipadankan, nampak lebih menyerlah kelelakiannya yang berjiwa tegar, yang gentle, pandai berdikari dan genius…hahaha..ni rasa aku le kan, rasa korang aku tak tahu..

Hakikatnya, semasa bayi sebenarnya tak perlu kot nak tentukan warna mana untuk lelaki, warna mana untuk perempuan. Sebab diorang ni comel. Ko pakaikan je kaler apa, mesti kenalah. Lagi pun, skang ni, merah jambu bukan hanya untuk perempuan.

Pink is universal color!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

5 thoughts on “Lelaki dan Merah Jambu tetap serasi.

  1. dak kecik ok la JMR, SA ada ckp ngan cik abe syg, nikah nanti nak buat kaler pink….dia ckp buruk!!!hahahahaha…dia ckp eh..SA x ckp..Dania dari kecik memang SA suka pakaikan kaler pink, bila pakai kaler lain nampak pelik…tp dia dah besar ni dia dah pandai dah..x nak pink..kakak dah dewasa katanya…

  2. bapa seorang baby comel berbaju pink kalau turut pakai baju pink memang akan bertambah muda dari usianya…ini adalah teknik awet muda yang berkesan sehingga kini..hehe

Leave a Reply to ejam Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *