April 6, 2020

Dayyan Harith is 8 months.

23 Disember 2013

Alhamdulillah..hari ni usia baby Dayyan Harith dah masuk 8 bulan. Kejap lak rasa. Patut la orang cakap, baby ni cepat membesar. Pejam celik pejam celik, tup-tup baju pun dah tak muat. Tu pasal ada tips membeli baju baby cakap, jangan beli baju baby banyak banyak, sebab baby cepat membesar, rugi..tapi masa baby la, design baju banyak yang cute cute.

Sejak lahir sampailah ke hari ni, aku berpeluang melihat dia membesar di depan mata. Peluang yang datang sekali seumur hidup je kan. Kecuali masa usia 7bulan, sebulan masa aku dihabiskan di worksite, just tengok dia membesar melalui gambar gambar whatsapp je. *Sedih.

So far, baby Dayyan Harith dah boleh merangkak dengan aktifnya. Bukan main hepi lagi mummynya masa first time tengok baby merangkak. Yela, ada anak kawan, usia 6 bulan dah boleh merangkak. Tapi takpelah, lain budak, lain kebolehannya. Harapnya dia tak cepat berjalan, bagi merangkak lama sikit. Sebab ada kajian cakap, baby yang merangkak lebih lama, akan lebih kreatif&genius berbanding baby yang merangkak sekejap atau terus berjalan.

Since dah boleh merangkak ni, makin seronok lak kami menjaganya. Perhatian pon nak kena lebih. Sebab, bangun bangun je dari tidur, terus nak merangkak. Kalau tidur atas katil, risau gak dia terjun. Pernah terjadi, nasib baik sempat pegang kaki dia. So, memang kena angkut tilam letak atas lantai, tidur atas lantai je semua.

Selera pun makin bertambah. Walaupun mummynya, dah sediakan meal2 untuknya cam puri epal, puri jagung, bubur nasi etc, kadang-kadang kesian gak aku tengok dia merengek nak gak apa yang aku makan. Sesekali aku suap gak apa yang aku makan tu, tu pasal banyak kali gak perut dia meragam. hahaha..nak buat camana, berselera tol dia makan. Tak kisah suap apa pun..haha..kecuali air kosong. Huh yang ni sukar sikit, memang susah nak suruh dia minum air kosong. Any idea?

Hari ni, Dayyan Harith teman Chik Ina nya ke intebiu sebelum bergelar ‘cikgu’ di Putrajaya. Berjalan/travel memang dia suka. Aku pun suka. Sebabnya, masuk je dalam kereta, dia lebih senang tidur. Kalau kat rumah, tidurnya sekejap-kejap je. Paling lama pun sejam, biasanya setengah jam kecuali bila penat sangat. Nak-nak bila dah pandai main toys ni.

Daddy & mummy doakan semoga Dayyan terus membesar dengan sihat, cergas dan pintar. Jadi anak soleh ok. Dengan pesanann, merangkak tu tengok-tengok la ke depan, jangan main redah je..hahaha

Note: Hari ni gak hari jadi Ciksu Dayyan. Selamat Hari Jadi ciksu Uha!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

8 thoughts on “Dayyan Harith is 8 months.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *