August 11, 2020

Bila anak jatuh katil.

Sejak Dayyan lahir hinggalah usia dia 5bulan, memang kami tidur atas katil. Lagi pun, pergerakan dia masih terbatas, gaya tidur masih statik.

Masuk usia 6 bulan, di rumah Mama Wannya, kami just tidur atas tilam yang diletakkan atas lantai bilik. Sebabnya, Dayyan dah mula meniarap, dah pandai bergolek dan dah pandai heret body toughnya. Tapi still, dia tidur di antara kami dan dihalang dengan bantal kat bahagian kepala dan kakinya.

Biasanya, sekali-sekala kami akan stay kat rumah sendiri di Kota Damansara. Kat sini, memang takleh nak letakkan tilam atas lantai. Lagi pun, takdelah tinggi sangat katil tu. Lebih kurang 30cm. So far, takde kejadian pelik hinggalah ke saat usia 8bulan 1hari. Sebelum tidur, memang kami dah hadang tepi katil dengan bantal, lagi pun dia tidur di antara kami. 

Lebih kurang jam 4pagi, Dayyan terjaga minta susu. Then tidur balik, dah tu siap nak landing atas peha aku. Aku biarkan aje walaupun mummynya nak betulkan posisi tidur dia. 

Orang kata kemalangan tak boleh dijangka. Mungkin aku terlelap, then dia merangkak ke tepi katil. Dush! Bunyi nangka jatuh, eh bunyi Dayyan terjun katil la. Senyap. Mummy dia dah menjerit. Aku yang terkejut terus bangun, then angkat dia. Aku konfem, Dayyan menangis sebab terkejut, bukan sebab jatuh. Yela, dia landing atas sejadah + karpet tebal so called permaidani. Landing dahi lak tu.  

Aku pujuk sambil check kot-kot ada injury ke. Mujur takde pape. Kalau mengikut pakar pediatrik, kecederaan yang akan dialami oleh bayi jika terjatuh bergantung kepada kekuatan hentakan kepala dan bagaimana cara mereka terjatuh. Mungkin Dayyan still berusaha untuk tidak jatuh semasa kejadian.

Dalam kes ni, memang salah aku. Sepatutnya, aku dah betulkan posisi tidur dia rather than aku biarkan dia landing kat peha aku. Atau mungkin aku tertendang dia hingga jatuh?? hahaha..Nasib baik takde pa pe yang series. Bila Dayyan jatuh gitu, memang kena perhatikan dia selama lebih kurang 48jam. Jika ada tanda-tanda seperti muntah-muntah, tak aktif, lemah atau sawan, aku perlu segera dibawa berjumpa doktorlah untuk pemeriksaan lanjut. Alhamdulillah..

Since dah ada pengalaman ni, meh nak share tips-tips yang perlu diambil bila anak jatuh katil;

1- Bila dengar anak jatuh, jangan shouting too loud. Buat buat cool. Ambil dia, tenangkan dia dulu. Berikan dia susu sambil peluk untuk tenangkan dia.

2- Ketahui macam mana dia jatuh. Periksa bahagian pertama cium lantai tu. Kot-kot ada luka atau terkoyak.

3- Raba seluruh badannya untuk pastikan tiada benjolan, bengkak di kepala.

4- Jika ubun-ubun belum tertutup, check kat situ dan pastikan tiada benjolan. Ubun-ubun yang menbenjol menunjukkan adanya peningkatan tekanan dalam otak kerana pendarahan.

5- Kalau ada bahagian badan membenjol, cepat-cepat tuam dengan ais, bukan air panas!

6- Perhatikan tindakbalas anak, kalau muntah-muntah yang terpacul disertai dengan keluar darah kot hidung, pengsan atau sawan, tak aktif, atau jalan tak stabil, cepat-cepatlah bawa anak tu berjumpa dengan doktor pakar.

7- Elakkan terus tidurkan anak tu selepas terjatuh. Bagi dia tidur diribaan seketika then baru letaknya dengan posisi yang lebih selamat.

 

Anak laki kena kuat, sikit je tu.

Note: Keesokkan paginya, still gak nak terjun katil lagi. Aku sounds, “haa terjun lagi kalo berani…” Dia tengok aku sambil terkekeh-kekeh..

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

7 thoughts on “Bila anak jatuh katil.

  1. Memang ngeri la kalau anak jatuh katil.. lagi-lagi kalau jatuh dan terus terdiam. Nangis tidak, berbunyi pun tidak. Terkejut yg amat sangat. Kita lagi la terkejut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *