March 29, 2024

Ayob Cafe, Kota Damansara

Kepada mereka yang gemarkan keunikan dan hiasan dalaman yang antik, mungkin Ayob Cafe yang terletak di Seksyen 7, Kota Damansara, menjadi tempat pilihan yang sesuai dengan mereka untuk menjamu selera. Aku tahu pasal cafe ni pun sejak tahun 6tahun lepas, semasa menetap bersama makcik aku di Seksyen 8, Kota Damansara. Hiasan antik dan unik memang menjadi konsep Cafe Ayob ni sejak mula-mula dibuka lagi. Ayob Cafe ni memang terletak di dalam kawasan rumah persendirian, bukan lot kedai ata gerai tepi jalan ye dan menyediakan menu masakan barat. Kalau ko nak order nasi goreng ke mi goreng, sila ke cafe lain.

Isnin lepas, sempena hari jadi adik bongsu aku, dan kebetulan famili aku ada di sini, kami terjah ke Ayob Cafe untuk celebrate birhtday si Uha. Seingat aku, hampir 2 tahun dah aku dan Puan Nunu tak ke sana..

Suasana hiasan di dalam cafe ni tak terlalu berbeza semasa aku ke sini sebelum ni. Cuma yang mengejutkan aku, dalam masa hampir dua tahun ni, perbezaan harga makanan yang terlalu ketara. Jika pertama kali aku ke sini, harga 1 set Chicken Chop hanya RM9, tapi dah meningkat ke RM12. Rata-rata harga menu meningkat dengan jayanya.

Complimentary appetizer. Kalau sebelum ni, diorang hidangkan roti keping, tapi sekarang ni ditukar ke roti bun. Aku suka yang macam ni lagi. Setiap pelanggan, dapat satu set ni.

Kami order menu sama, Chicken Chop kecuali birthday girl, order Fish&Chip. Biasalah budak-budak..haha..Kalau aku nak komen ikut rasa chicken chop kat sini 6 tahun yang lepas berbanding sekarang ni, jauh aku lebih puas hati ngan sebelum ni. Dulu, isi ayam lebih tebal & sosnya lebih sedap. Yang sekarang ni, something wrong somewhere aku rasa, tapi aku tak tahu nak cakap apa yang kurang, apa yang terlebih.

Mungkin next time, aku akan tukar menu lain dengan harapan, aku akan lebih puas dan lebih rasa berbaloi dengan harga yang dibayar.

AYOB CAFE

52, Jalan Nuri 7/22, Sek 7, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.

Ditutup Setiap Hari Ahad

Rating : 6/10

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

6 thoughts on “Ayob Cafe, Kota Damansara

Leave a Reply to KiD Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *