March 28, 2024

Anak mengigau

Cerita semalam..

Baby Dayyan tidur mengigau bercakap macam amik order. “Teh tarik satu, roti telur banjir satu..” sambil tunjuk-tunjuk jari telunjuk kat atas..
aku layankan aje, aku bisik kat telinga dia.. “Siap…!!!”
Terus dia senyap…haa nk ngajor anak ada caranya..

-status update Facebook JamarBahar.

Anak oh anak. Sejak berusia 7bulan ni, macam-macam ragam yang mencuit hati kami sefamili. Ingatkan masa jaga je, masa ngah tidur pun leh buat aku gelak guling-guling..

Kata orang, mengigau ni adalah satu gangguan tidur, seperti berjalan semasa tidur, bercakap semasa tidur, kaki gelisah dan anggota badan yang bergerak secara selang-seli. 

Antara sebab-sebab mengigau ni: 

  • Demam teruk / Sakit

Demam teruk dengan suhu badan yang tinggi mendorong seseorang mengigau terutamanya efek ubat yang dimakan. Sakit seperti skizofrenia juga boleh menyebabkan seseorang itu mengigau akibat kesan daripada ubat yang diambil.

  • Stress

Stress yang teruk sering terbawa-bawa dalam mimpi. Dari mimpi akan menyebabkan seseorang itu mengigau. Em jarang kot kanak-kanak mengigau sebab stress ni..hehe

  • Keturunan

Cuba tengok mak pak kita, ada yang suka mengigau masa tidur tak. Then, tengok balik diri kita, selalu mengigau ke idak. Sebab ada kajian mengatakan mengigau ni boleh disebabkan keturunan gak..

  • Kurang tidur

Mereka yang kurang tidur lebih terdedah dengan sindrom mengigau ni berbanding mereka yang cukup tidur.

  • Kafein/alkohol

Ada sesetengah mereka yang bermasalah, akan lebih mudah mengambil kafein/alkohol yang berlebihan. Hakikatnya, masalah tidak pernah selesai, malah akan terbawa-bawa dalam tidur mereka. 

 

Kalau ikutkan sebab-sebab ni, aku tak pasti lak kena baby Dayyan Harith ni mengigau. Tak demam, takkan stress lak, tidur memang banyak je seharian tu, dan tak pernah amik neskepi apatah lagi alkohol..eh sebab keturunan ke? OMG!

Anak korang pernah mengigau tak?

 

Jom LIKE&FOLLOW:  SuaraMataPhotography 

 

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

4 thoughts on “Anak mengigau

  1. Amboi….macam tu sekali ngigau nyer si baby Dayyan ni….aduhai…SA dah lupa la Dania dulu ngigau ke x..cuma dia ada tabiat la..gentel telinga orang sebelah time nak tido….hahahahaha

Leave a Reply to JMR Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *