November 29, 2020

Hujung Minggu bersama mereka – Day1

21September2013

“Yey..yey..yey..” jerit Dayyan Harith di pagi hari bila tahu daddy ada bersamanya sepanjang hujung minggu. Tapi lagi excited mummynya yang terus bagi cadangan bernas dengan alasan yang tak mampu ditolak-‘bawak Ayyan alan-alan..’ *dahjadipelatlaplak.

Kisahnya, since dah hampir 2minggu aku kat site tanpa cuti ok. ‘Smartcard‘ untuk access ke site/plant akan secara automatik diblock sekiranya ada staff yang masuk plant melebih 14hari. Untuk elak diblock, kena reset time a.k.a cuti paksa selama 1.5hari. Jadi, dari membuang masa dok site office, aku dan partner aku decide untuk ‘bercuti’ bersama famili je. Itu lagi berfaedah kan?:-)

Bertolak dari Kertih jam 9malam, sampai lebih kurang jam 1pagi kat rumah Kota Damansara. Jam 3 pagi baru boleh lelap(sebab tidur sorang-sorang..heheh). Bangun subuh jam 6pagi, then terus gerak ke umah in law di Port Klang(Dayyan stay sana)..sampai lebih kurang jam 8.30pagi. Dayyan dah bangun, sempat main-main ngan dia sebelum aku sambung tidur untuk sejam je okkey. Celik mata, cik Mummy dah siap bersiap untuk keluar. Pantas lak kali ni..

Alhamdulillah..nasib baik teringat yang hari ni wedding kawan uni aku, si Faiz Lee. Kalau tak, memang terpaksa rasa bersalah la, sebab diorang dari jauh datan wedding kitorang last year..

Here we go…

First destination untuk hari ni, singgah jap di Paradigm Mall semata-mata nak cari wedding gift untuk Faiz+Yuni. Ok, since lama tak dukung baby Dayyan, dengan riaknya tinggalkan aje stroller dalam kete. Aku boleh dukung sepanjang pencarian wedding gift di Paradigm Mall. Sesungguhnya aku lupa yang baby Dayyan dah membesar dengan jayanya. Tak sampai sejam aku dukung beban 8.2kilo, berpeluh-peluh ok.hahahha..

 

Chillex sebentar di MBO. Pekena juice carrot+pisang+yogurt. Kasi mummy dukung Dayyan jap, kasi rest otot tangan gua..haha..*bilamahuberjalan?

Next destination – Villa Ukhwah Taman Tasik Titiwangsa. Wow klass tempat wedding ko Faiz+Yuni. Banglo khas untuk majlis keramaian. Siap ada swimming pool kat depan pelamin tu. Silap haribulan, photographer boleh ke kolam ni masa nak cari angle..haha..

 

Tahniah Faiz & Yuni. Kami doakan kalian berbahagia sehingga akhir hayat. Cepat-cepat buat anak hoii..Si Faiz pon macam dah expert pegang baby tu..heheh..

Since baby Dayyan dah meragam kepanasan kot, memang takleh nak menikmati betul-betul lauk pauk pengantin ni. Tapi aku tahu sajian memang sedap ok, siap ada ayam percik bagai tu..hehe

Next destination – PaVILion KL dengan tujuna utama nak cari jeans baru baby Dayyan. Zaman sudah berubah. Tiap-tiap bulan mummy sanggup berhabis untuk baby, untuk daddy dah yillek..haha..ni perubahan ketara selepas ada anak sendiri ni. Anything or any shopping, memang first budgt akan pergi ke putera kesayangan.

 

Selepas 2minggu tak dapat tengok baby Dayyan di depan mata, memang banyak perkembangan terbaru. Ni pun yang terbaru, dok atas car seat dah macam budak besar. Siap nak angkat-angkat body lagi tu. Nak kena tegakkan sikit car seat tu supaya dia lebih selesa dengan position, kang salah parking, ergonomic hazard lak kan.

Ok. Yang ni lagi ketara. Sebelum aku keluar outstation, dia just boleh turn body, meniarap dan menangis sebab takleh nak gerak. Hari ni, laju je meniarap, siap boleh wat turn 360 darjah okkey. Cuma gear gostan and forward je belum terer lagi, kalau tak, mahu jatuh ke bawah tu. Oh ye, as usual, masuk mall, mesti nak kena singgah nursing room. Paling tidak pun nak kena tukar pampers. Dah jadi rutin kami masuk mall skang ni-survey nursing room yang best luh..huhuh..

hahaha, untuk elakkan muscle tangan aku besar sebelah, kali ni memang kena guna stroller. Gile ko, 3jam dok pusing-pusing dalam Pavilion ni. Pelik gak ngan orang pompuan ni, setiap kedai nak kena masuk. Tapi respek gak kat bini aku kali ni, dah boleh kontrol membuang masa masuk setiap kedai..hahaha..lenguh woo kaki..

Ok..ingatkan dah tamat kat Pavilion je untuk hari ni. OTW back, sempat lagi tukar idea. Sebelum masuk Federal highway, amik pitstop kat The Gardens luh. Alasan yang agak relevan oleh Puan Nunu a.k.a mummy Dayyan – nak carikan sudu for Dayyan’s first solid food. Sudu lak bukan main nak canggih, yang just masukkan food kot sudu tu, leh bawak travel, tekan je kat satu part sudu tu, terus keluar food dan terus masuk mulut baby. aRgh!! komplikated lak aku citer, aku pun taktao nak explain camne..tapi brand di The Squirt la, katanya ada jual kat Robinson..tapi harem tak jumpa..haha..last-last beli sudu Tommeetippee..harga? ridikeles…hahahah..

Sweet moments- father&son..pusing-pusing The Garden&Midvalley, spending time together..

Setiap kali aku laung ‘merdeka!’ dan angkat tangan dia sebelah (ala, macam yang kita semua buat masa hari merdeka tu), mesti Dayyan gelak sakan sampai sepet mata..aku pun konpius apa yang dia faham bila aku jerit ‘Merdeka!’ tu..

Hilang segala penat badan bila tengok anak membesar dengan sihat kat depan mata. Alhamdulillah.. Semoga Allah kekalkan saat-saat manis ni sampai bila-bila..amin..

Persoalannya, berapa banyak shopping mall yang sempat kami singgah dalam masa satu hari ni??

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

7 thoughts on “Hujung Minggu bersama mereka – Day1

  1. Pingback: Dating time..Kenny Rogers Roasters |

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *