March 28, 2024

Di mana anakku

Dalam masa sehari lagi, Ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Dan Syawal akan menjelang tiba lak kan. Rasanya dah ramai yang pulang ke kampung halaman masing-masing. Molek benarlah, hari baik bulan baik ni, kita bertentang mata dengan ibu bapa, adik-beradik dan sanak saudara, memohon ampun dan maaf atas kekhilafan yang terlaku, setahun yang lalu.

Teringat aku satu episod Semanis Kurma dengan topik ‘Di mana anakku’ yang mengupas isu-isu keengganan si anak untuk pulang ke kampung disebabkan rajuk di hati. Realiti kehidupan. Mungkin kita tak tahu apa yang terkandung di dalam hati si anak, sampaikan di bulan baik hari baik, sanggup tidak pulang ke kampung bertemu mata dengan ibu bapa, apa tah lagi menjamah masakan ibu. Pada dasarnya, air dicincang takkan putus, hubungan anak-ibu bapa, macam mana tegang pun, pasti ada cara untuk kendurkannya. Jangan dilayan sangat rasa ego tu, baik anak,mahupun mak ayah.

Tahun ni, giliran aku beraya di belah famili isteri tercinta. Alhamdulillah, umi aku faham walaupun aku tahu, sebagai anak sulung dia mahukan aku berada di sisi famili pada pagi raya. Mujurlah, ini bukan kali pertama aku tidak pulang beraya, rasanya 3 kali gak aku beraya di Jepun semasa menuntut di sana dulu. Tapi ini tak bermakna aku tak pulang ke kampung halaman langsung. Dari sudut ini, alhamdulillah aku sebab isteri tersayang amat memahami. Kami akan pulang beraya di Besut pada hari raya ke-3 nanti.

Untuk lebih menggembirakan hati umi ayah aku, alhmdulillah gak sebab aku diberi peluang untuk pulang ke kampung, semasa bulan Ramadhan, untuk berbuka dan bersahur bersama famili. Ye la kan, kalau difikirkan sangat kesibukan soal kerja, memang akan mengguris hati orang tua..

 

Tahniah kepada anak dedi sebab langsung tak meragam dalam perjalanan KL-Besut walaupun ni 1st time travel jauh, mula jam 4petang, tamat jam 1 pagi, 26Julai2013.

Terima kasih buat umi aku sebab masakkan juadah yang sedap-sedap, unlimited edition punya. Well, air tangan ibu, takkan sama dengan air tangan Mak Jena gerai hujung bazar Ramadhan tu kan..

 

 

Ketupat sotong memang RARE! aku request sebab susah nak jumpa di sini. Kalau jumpa pun, mungkin aku takkan beli sebab konfem-konfem aku tak puas hati, sia-sia je kena maki nanti.

 Nota: Kepada anak yang sedang merajuk, buanglah egomu, tataplah gambar orang tuamu, kenangkan setiap titisan susu ibu untuk mu, sehingga kamu menjadi siapa dirimu hari ini..

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

5 thoughts on “Di mana anakku

  1. Aloooo bagus dia x meragam.. faham keadaan Dedi dia..

    Selamat Hari raya buat JMR & Family.. Maaf zahir & Batin.. 🙂

Leave a Reply to Anuar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *