March 29, 2024

Anak Terlebih Manja

Kebetulan atau suratan, topik yang sama dengan Semanis Kurma tadi dan soalan daripada rakan projek aku semasa dalam perjalanan TRG-KL-camana nak handle anak yang terlebih manja?

Jawapan ringkas aku, aku revealkan planning aku dalam proses mematangkan anak aku, Dayyan Harith nakkan some toys, boleh, tapi dia mesti ‘bekerja’ untuk dapatkan toys yang dia nak?

Term ‘bekerja’ yang aku maksudkan adalah usaha yang datang diri sendiri. Katakan, dalam usia 4 tahun nanti, aku anggap dia sudah matang dan bernafsu untuk request toys-toys yang mengarut ie. Iroman MarkV, PlayStation4. Untuk ‘say NO’ kepada permintaan anak adalah tidak elok diamalkan, so, aku akan ‘say YES but…” dalam usaha untuk melatih dia lebih memahami konsep ‘membanting tulang empat kerat’ dalam meneruskan kehidupan. ‘Kerja’ yang aku maksudkan, mungkin aku akan minta dia kemas barang mainannya, atau mungkin aku akan minta dia hafal words tertentu atau surah pendek sebelum aku penuhi permintaanya.

Mungkin ada yang menghukum aku sebagai ayah macho yang kejam. Tapi aku rasakan itu cara terbaik untuk mengatasi isu ‘Anak Terlebih Manja‘ dalam skop ini. Bayangkan, daripada kecil lagi, aku&isteri mendidik baby Dayyan dengan mengikut bulat-bulat setiap permintaannya pada mainan kegemarannya tanpa perlu bersusah payah untuk dapatkan, rasa bukan takat dia fail untuk memahami erti ‘berusaha’ tapi mungkin akan gagal atau kurang memahami erti hidup berdikari.

InsyaAllah, aku akan amalkan tips elak anak terlebih manja ni pada Dayyan Harith dan juga adik-adiknya. Paling penting, nak manjakan anak, biarlah bertempat..

 

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

12 thoughts on “Anak Terlebih Manja

  1. bagus bro ada perancangan macam ni.. harap anak bro tak terlebih manja la.. takut ada kesan tak baik nanti. i got some experience handling budak2 yg terlebih manja, kinda sedih bila tengok apa efek yang terjadi pada mereka akibat terlebih dimanjakan

  2. ingat aku pun nak praktikkan cara ko tulah bro.. nak sesuatu kena berusaha dulu atau kena buat tugasan dulu.. 🙂 tak boleh nak bagi.. janji nak belikan.. nanti satu hari kalau kita tak bagi budak2 ni akan memberontak.. betul tak?..

    Tapi kalau isteri nak sesuatu dekat suami.. perlukah isteri buat sesuatu kerja dulu buat suami baru dapat tunaikan permintaan dia tu.. hehehe

  3. SA setuju dan SA dah buat lama dah macam yg JMR buat…if Dania nak something….mesti usaha sikit utk dapatkan dari mama…Dania anak tunggal tp x manja pun…

Leave a Reply to suriaamanda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *